67. PKP

133 8 38
                                    

Perintah berkurung muncul tanpa dapat ditahan lagi.

Dalam pertembungan politik merebut tampuk kuasa pemerintahan ditengah-tengah rakyat merintih ketakutan kobid, Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik pada 1hb Mac 2020 menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamed.

Walaupun 15hb Mac adalah hari Ahad, telefon aku, Rozita dan Sam tiba-tiba menerima banyak panggilan dari klien bernilai tinggi (kaya) atau Net Worth Clients. Masing-masing mengandaikan akan maklumat yang mereka ada bahawa PKP akan diumumkan pada 17hb Mac 2020. Sebagai golongan kaya, mereka pasti mempunyai kontak dengan pihak atasan dalam kerajaan.

Mereka merasakan pasaran saham akan memberi tindak balas awal dan harga menjunam pada 16hb Mac. Mereka ingin membuat persediaan pembelian baru (new buying order).

Sebenarnya, maklumat yang sama aku terima dari bos, En Roslan dan En Fauzi.

Spekulasi tentang terjadinya lockdown (perintah berkurung di rumah) adalah kerana WHO telah mengeluarkan amaran kecemasan (emergency order) pada 13hb Mac. Banyak negara sudah mulakan langkah lockdown.

Setelah berbincang dengan Rozita dan Sam, nampaknya kami semua terpaksa ke pejabat esok untuk menerima pesanan pembelian.

Setelah berbincang dengan Rozita dan Sam, nampaknya kami semua terpaksa ke pejabat esok untuk menerima pesanan pembelian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Namun tiada apa yang diduga berlaku pada sesi dagangan BSKL 16hb Mac. Tiada pengisytiharan PKP dibuat. Cuma terdapat sedikit pembelian. Pasaran hanya jatuh 44.39 mata.

Hanya pada jam 9 malam 16hb Mac, barulah Perdana Menteri yang baru mengisytiharkan secara rasmi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa lusa, Rabu 18hb Mac di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Maka pada hari keesokannya (17hb Mac), indeks BSKL telah menjunam jatuh 102.09 mata dan tutup pada paras paling rendah dalam masa 10 tahun.

Klien yang membuat pembelian hari ini pada saham-saham bernilai tinggi seperti Maybank, TNB, Telekom mendapat harga yang sangat baik (maksud rendah atau istilahnya bargaining price) yang memungkinkan keuntungan besar bila pasaran pulih nanti.

Hari-hari berikutnya pun kami terpaksa hadir di pejabat untuk urusan pembelian. Harga saham mewah masih dianggap pada harga lelongan (murah).

Pada dua minggu pertama PKP kami sibuk dengan urusan dagangan BSKL.

Pada dua minggu pertama PKP kami sibuk dengan urusan dagangan BSKL

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now