Simbol bagi sigma adalah huruf S abjad Greek kuno iaitu Σ.
Secara mudahnya, lelaki sigma adalah lawan (opposite) kepada lelaki alpha.
Jika lelaki alpha seorang extrovert, maka lelaki sigma adalah introvert.
1. Lelaki sigma bersifat pendiam, membuat halnya sendiri, tidak suka menonjol seperti lelaki alpha.
Contoh : T tidak banyak bercakap. Walaupun dengan ahli keluarga, dia tidak ramah. Cuma rapat dengan Kak Nuri dan maknya.
2. Sifat-sifat yang dinyatakan diatas menjadikan sigma seorang yang agak terasing. Gelaran bagi lelaki sigma adalah lone wolf (serigala sepi).
Contoh : T tidak peduli jika dia tidak berteman selepas kehilangan Ena.
3. Walaupun tidak menonjol tetapi dia diminati kerana kesederhanaanya dan sifatnya yang tidak banyak buat hal (easy going). Dia seorang yang low profile tapi senang didekati.
Contoh : Taukeh memberitahu mak bahawa T tidak mempunyai style walaupun dia sudah berjaya menjadi seorang trader yang baik. Taukeh terpaksa membelikan dia kereta Mercedes C200 dan memarahinya menaiki motor cub.
Sebenarnya taukeh juga memaksa T membeli pakaian yang berjenama kerana T akan menggantikan bos untuk berjumpa dengan merchant bankers.
Taukeh juga memberi high net worth clients (klien yang bernilai tinggi iaitu kaya dan ternama) seperti ayah Fiqqah dan ayah Abang Roslan.
Tanpa pengetahuan taukeh, T masih gemar menggunakan motor cub dan akan menaiki LRT untuk meeting di Kuala Lumpur. Pada T, mengharungi traffic terutama masa jem sesuatu yang buang masa.
Sifatnya yang senang didekati dan easy going menyebabkan anak-anak bos, Fiqqah selesa.
4. Sifat lelaki sigma suka membuat pemerhatian dan analisa serta keputusan sendiri. Dia memegang kepada apa yang dia tahu dan apa yang dia nak walaupun bertentang dengan kebiasaan. Lelaki sigma mempunyai keyakinan tinggi terhadap diri dan kepercayaannya. Setelah membuat analisa, mereka membuat keputusan dengan menggunakan gerak hati (intuition) mereka.
Sifat ini yang melahirkan sifat tidak suka mengambil kesempatan ke atas orang lain. Sifat ini melahirkan sifat budiman yang mempunyai arwah Ena cair.
Keyakinannya atas cita-citanya menambat hati arwah Ena.
Arwah Ena awal lagi sudah mengetahui T mempunyai sifat seorang sigma.
Arwah Ena tahu sebagai lelaki sigma, musuhnya adalah lelaki alpha dan kelemahannya adalah wanita alpha. Hanya wanita alpha yang boleh mengawal (control) lelaki sigma. Dan arwah Ena tahu, sifat dirinya adalah wanita alpha. Mencengkam dalam kelembutan.
Mak adalah female alpha yang sempurna. Medusa yang nyata.
5. Lelaki sigma selalu mempunyai idea yang berlainan. Pada mereka, untuk menjadi atau mendapatkan sesuatu mempunyai beberapa cara dan bukan dengan cara kebiasaan.
Contoh : T bercita-cita hendak menjadi seorang trader. Dan dia mempunyai idea sendiri bagaimana nak capai cita-citanya.
6. Seorang lelaki sigma mempunyai bakat seorang street smart (pandai jalanan). Ini kerana dia suka memerhati & menganalisa dan melahirkan idea yang bersifat luar kota (out of the box).
Contoh : Dia merasakan kes Ayam Bhd sesuai untuk hostile takeover tetapi dia tidak mempunyai kemahiran untuk melakukannya. Sebagai jalan keluar untuk memenuhi kehendaknya, dia bertanyakan hal tersebut kepada En Roslan Pengurus Besar HRB Securities.
7. Kerana sifat-sifat sigma, T tidak mempunyai ramai kawan terutama yang boleh menasihati dan menegurnya. Dia sedar dan cuba untuk mencari kawan untuk bersantai. Sifat sigma yang tajam akal selalu melahirkan syarat untuk menghalang dia membuat sesuatu yang dia tidak inginkan.
Contoh : Mungkin kerana itu T terpaksa berbahas dengan dirinya sendiri yang di wakili oleh gila sementara.
T belum bersedia untuk mencari penganti arwah Ena. Jadi dia meletakkan syarat pada dirinya. Sesiapa yang menyuap makan ke dalam mulutnya seperti arwah Ena selalu lakukan, akan menjadi calon penganti arwah..
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...