111. UNTUKMU IBU

26 6 2
                                    

Aku sudah berada di rumah mak sejak hari Rabu. Saja balik awal. Lama tak bermesra dengan mak sendiri.

Banyak tul (betul) soklan mak selepas aku melaburkan punggungku keatas tempat duduk.

Mak seperti biasa bila bercakap dia sudah plan (rancang) awal-awal lagi. Penuh muslihat orang tua ni. Banyak tipu daya dia.

Mula-mula tanya pasal kesihatan ku, makan-pakai ku, kehidupan ku..... Kemudian baru tanya pasal bakal dia.

Topik terakhir tu je aku tak jawab. Aku cakap, tunggu je tuan punya badan datang hari Sabtu ni.

Ehhh....! Dia pusing ikut cara lain nak dapatkan info. Aku kekadang rasa mak ni ada pergi kursus saikologi dan perisikan.

Along dan Angah akan bertolak bersama pada hari Khamis selepas Isya'. Mungkin kerana akan tiba lewat, mereka akan terus ke rumah satu lagi di Taman Johor Jaya.

 Mungkin kerana akan tiba lewat, mereka akan terus ke rumah satu lagi di Taman Johor Jaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rombongan pompuan akan bergerak pada hari Khamis pagi dalam satu kelompok. Satu kereta untuk satu keluarga. Amy akan memandu ditemani adiknya yang duduk serumah dengannya.

Mereka akan singgah di rumah keluarga Amy untuk makan tengahari. Rumah Amy cuma 4 km saja dari Plaza Tol Pagoh. Selepas itu, mereka akan bergerak ke JB.

Aku sudah menempah penginapan di KSL Hotels and Resorts untuk mereka. Jarak tempat penginapan dengan rumah mak pun cuma 2 km sahaja.

Atas kemahuan mereka, aku book (tempah) 2 apartment dengan 3 bilik setiap satu.

Satu apartment untuk Ita, Sam dan Aira bersama ibu masing-masing. Satu lagi bilik untuk Amy yang ada dua ibu dan seorang adik yang ikut bersama.

Apartmen tersebut yang mempunyai mall dibawahnya memudahkan masing-masing untuk menghabiskan waktu santai pada hari Jumaat.

Apartmen tersebut yang mempunyai mall dibawahnya memudahkan masing-masing untuk menghabiskan waktu santai pada hari Jumaat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now