Nasir mengakhiri panggilan video dengan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana mengajarkannya cara trading CFD. Ketika suasana muram dan kehidupan dibendung oleh PKP, trading CFD menawarkan cabaran kepadanya dan dengan sendirinya terhindar dari stress (tekanan) kerana duduk berkurung di rumah.
"Hhmmm.... Banyaklah kau pun trading hilangkan stress...."
"Tu ha.... yang sebenarnya menghilangkan stress kau tu!" kataku bila kelibat Liza isterinya muncul sambil berdiri di sisi suaminya yang berada dalam keadaan duduk.
Keadaan berdiri memungkinkan hanya perutnya yang semakin membesar tanpa wajahnya kelihatan di skrin fon ku.
Aku : Bila due date (tarikh matang)?
Liza menundukkan badannya agar wajahnya muncul untuk tatapan ku dan kemudian berkata "Lima bulan lagi!"
"Wahhh.... Baby PKP la ya!" kataku sambil gelak.
Sebenarnya bukan sahaja Liza, Mia, Cikgu Ida dan dua lagi pompuan geng ngeteh ku juga mengandung. Bahkan Kak Long, Kak Ngah dan Kak Nuri pun turut sama.
Betul Kut kata si gila tu "PKP ni dah jadi musim mengawan" membuat aku ketawa.
"Alah T.... Kalau PKP ni lama lagi, lelaki pun sama mengandung" kata Liza yang menambah gelak ku.
.
.
.Aku masih merenung skrin fon yang kosong setelah panggilan video ditamatkan.
"Nasib baik jugalah dah jual Lambo awal. Kalau tak parah juga!" hatiku bergumam.
Aku membeli Lambroghini kerana aku ingin memandu dan memilikinya seketika sebagai kenangan hidup. Memang aku merancang untuk menjualnya sebelum habis tempuh dua tahun.
Kerana aku mendapatkannya dari Datin Julia dengan harga diskaun tujuh ratus ribu ringgit dari harga jualan, aku akan kerugian jika menjualnya bila melebihi dua tahun.
Sukar sebenarnya untuk menjual kereta mewah sports kerana ia tidak begitu memiliki pasaran secondhand (terpakai) selepas dua tahun. Orang-orang kaya lebih cenderung membelinya firsthand.
Ada diantara mereka membelinya hanya sebagai barang koleksi (collection item). Peluang itu datang apabila salah sorang pengumpul Lambo ingin membeli model Avantador secondhand.
Pembeli ni memang membuat koleksi model Lambo. Sebagai barang koleksi, dia berpendapat tidak perlu membayar harga mahal. Matlamat utama adalah untuk memilikinya.
Selepas itu aku berniat untuk membeli Bentley Continental. Namun tiba-tiba niat itu pudar. Aku rasa seperti tidak perlu ada sebuah lagi kereta. Apa yang ada sudah lebih dari mencukupi. Aku pun bukan selalu gunakan kereta. Kebanyakan masa dengan MRT dan Grab sahaja.
Aku bernasib baik kerana selepas tiga bulan menjual kereta ku, pandemik kobid pun muncul. Kalau aku ada Lambo atau Bentley ketika ini.... pening kepala. Beli mahal-mahal tak boleh nak jalankan kereta. Cuma warming-up (panaskan) enjin saja.
Namun niatku terpasang.... Later in life (Kemudian dalam hidup) aku terasa seperti hendak memiliki Lambo sekali lagi. Insyaallah.
Cuma yang mengecewakan bagi sesiapa yang memiliki Lambo adalah tiada tempat yang sesuai untuk membawa kereta ini sehingga ke batasnya. Paling laju kereta ku mencapai kelajuan adalah 240 km/j. Itupun untuk beberapa saat sahaja. Ia dipandu oleh of all person (orang yang tidak disangka) iaitu pakar pengendali Toyota Hilux .... Atok.
Atok mencatatkan kelajuan 350km/j di Lebuhraya KESAS sekitar jam tiga pagi. Namun kelajuan tersebut jauh dari kelajuan maksima 350 km/j.
Walaupun dua minggu pertama PKP aku terpaksa menghabiskan masa di ofis pada sebelah siang, pada waktu malamnya aku seperti orang lain yang melalui waktu-waktu sendu.
YOU ARE READING
MR T & MEDUSA [Completed]
RomanceDia bukan seorang yang pandai menyanyi Tidak tahu bermain gitar Bukan highly educated (berpelajaran tinggi) Tidak pernah menang apa-apa anugerah pelajaran Tiada pingat dalam sukan Dia bukan kebanggaan keluarganya Dia bukan seorang yang menonjol Di...