75. QUESTIONING RING

50 7 52
                                    

Waktu menghampiri 9.45 malam. Tugas ku untuk menyediakan sarapan pagi untuk esok hampir selesai.

Egg sandwich bersama tuna yang  diminta oleh Melissa sudah berada didalam fridge. Cinnamon yang aku beli petang tadi aku letakkan di dalam bekas tertutup. Esok pagi ia akan dihangatkan dengan microwave oven.

Yang tinggal hanya nak membersihkan bekas tempat pemotong dan membasuh beberapa pinggan mangkok.

Selepas itu aku perlu menukar diaper (lampin pakai buang) si kecik tu. Kemudian aku boleh melabuhkan badan.

Sambil melakukan kerja mataku sesekali mencuri pandang TV kecil di dapur yang menyiarkan video lagu MTV Lana Del Rey sambil bibirku ikut menyanyi pada bahagian korus nya.....

🎼 Don't make me sad, don't make me cry
Sometimes love is not enough and the road gets tough
I don't know why
Keep making me laugh
Let's go get high
The road is long, we carry on
Try to have fun in the meantime

🎼 Come and take a walk on the wild side
Let me kiss you hard in the pouring rain
You like your girls insane
Choose your last words, this is the last time
'Cause you and I
We were born to die

Ketika itulah fon ku berbunyi.

"Ha! Kak Ngah?!!!" gumam hatiku.

Aku : Assalamualaikum.

Kak Ngah: Walaikumusalam.

Kak Ngah : I'm at the hospital ni....

Kak Ngah : Gleaneagles.

Aku : Apa hal?

Kak Ngah : T masuk ICU!

Aku : What (Apa)?

Kak Ngah : T masuk ICU.... Dia kena E.S. kuat!

Aku : E.S.?

Kak Ngah : Dia kena ....

*****************************************

Seperti semua perkara yang ada permulaan mesti juga ada pengakhirannya. Begitu jugalah dengan PKP. Perintah Kawalan Pergerakan itu dimulakan pada 18 Mac 2020 berakhir secara resmi nya pada 31 Disember 2022 (3 tahun, 10 bulan, 2 minggu, dan 2 hari).

Sebenarnya, PKP secara praktikalnya sudahnya berakhir pada bulan Mei 2022 apabila rakyat dibenarkan melakukan perjalanan balik kampung sempena Hari Raya Idul Fitri pada 13 Mei 2022. Buat kali pertama selepas dua tahun, keluarga telah dapat bersatu dalam perayaan tersebut.

Penamatan PKP dan arahan yang serupa di lain-lain negara menandakan wabak kobid telah dapat dibendung penularannya. Walaubagaimana kritikan terhadap pengambilan vaksin, mau tidak mau semua terpaksa mengaku bahawa ia berjaya mengekang wabak tersebut. Walau ada kesan sampingan yang membawa kepada kemudaratan pada sesetengah kes, namun ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Program imunisasi kobid yang telah dirancangkan untuk mengelak terjadinya lagi wabak. Antaranya, akan menjadi sesuatu yang perlu seperti tanam cacar kepada kanak-kanak sekolah untuk mengambil vaksin kobid.

Hakikatnya, kita terpaksa hidup bersama, sebelah menyebelah (side by side) dengan virus kobid setiap masa. Risiko kematian sekarang jatuh kepada sesiapa yang tidak mengambil vaksin atau mengambilnya hanya sekali.

MR T & MEDUSA [Completed]Where stories live. Discover now