02

673 34 2
                                    

" SERIUSLAH ITU ADIK KAU ? "

" MAKIN LAMA AKU FIKIR , MAKIN SERABUT KEPALA AKU

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

" MAKIN LAMA AKU FIKIR , MAKIN SERABUT KEPALA AKU . "
















dahlia dan amirr hanya mendiamkan diri , memberi ruang kepada dua beradik ismet untuk bercakap antara satu sama lain sebelum amirr memulakan perbualan dengan dahlia .

" kau tahu ke ? "

" tahu apa ? pasal naim ada adik ? memang tak lah . " jawab dahlia sambil menyandarkan dirinya di dinding. amirr hanya menggangguk .

belum sempat dahlia berkata , amirr sudahpun bergerak menuju ke tempat perbualan dua beradik itu. dahlia hanya mampu mengeluh kecil dengan perangai kawannya sebelum turut mengikut langkah amirr dari belakang .

sebaik sahaja mereka berdua sampai , dahlia hampir ditepis oleh fakhri tapi sempat menyambut dirinya sebelum berlanggar dengan jejaka tersebut dan amirr hanya mengekalkan muka selamba tanpa mempamerkan emosi .

" sorry "

dahlia mengangkat kepalanya apabila mendengar suara yang lembut oleh fakhri. namun , dahlia hanya mengekalkan wajah kosong sebelum menuju ke arah naim .

" serius lah , itu adik kau ? " soal amirr tanpa rasa bersalah .

dahlia yang bengang dengan soalan amirr , memukul belakang kepala amirr dengan selamba dan tidak menghiraukan amirr yang megaduh di sebelahnya .

dahlia yang sedar akan naim yang hanya mendiamkan dirinya berasa risau. dahlia tahu tentang masalah keluarga yang dihadapi oleh naim tetapi dahlia tidak pernah menjangka ianya seteruk ini. paling - paling pun yang dahlia tahu adalah mama naim ada mental sikit kot .

" naim , kau okay tak ni ? " dahlia bertanya dengan nada risau kepada naim. dahlia bertambah kerut apabila naim hanya menggangguk dan beredar dari situ .

dahlia dan amirr hanya mampu memandang satu sama lain sebelum dahlia mengeluarkan keluh dengan perangai kawannya yang suka memendam .

" berat bhai family conflict ismet . dah lah , jom pergi kantin . pagi - pagi dah ada drama . " omel dahlia kepada amirr sebelum mereka berdua berjalan menuju ke kantin .

" weyh , kau rasa lah kan , aku perlu ikut ke perjumpaan esok ? " tanya dahlia sambil memandang amirr yang hanya mengangkat bahu .

selepas amirr dan dahlia selesai membeli makanan di kantin , mereka berdua kembali ke dorm masing - masing. dorm dahlia terletak di blok yang sama dengan amirr dan naim cuma dorm dahlia berada di hujung sekali yang mempunyai keperluan sendiri .

sebelum dahlia kembali ke dormnya , dia sempat singgah ke taman sekolah untuk makan makanan yang dibelinya. namun , dari jauh dia dapat melihat 4 kelibat jejaka yang sedang lepak di kerusi favourite nya .

dahlia hanya mengeluh apabila dia menyedar siapa kelibat tersebut , high council. belum sempat dahlia beredar dari tempat itu , ada suara yang memanggilnya .

" dahlia ! "

kedengaran suara ketua rumah dormnya , rumah tuah iaitu fahmi memanggilnya. dahlia yang berhasrat untuk tidak mengendahkan panggilan tersebut ingin segera meninggalkan tempat itu .

" kau tak payah main pekak la lia , kami tahu kau nampak kita orang dekat sini . datang sini jap ." zahrin bersuara dengan nada sinis sambil mengeluarkan tawa kecil .

dahlia dengan hati yang berat , mengeluarkan keluhan besar sambil berjalan ke arah mereka dan melabuhkan diri di sebelah fahmi yang sedang duduk berhadapan dengan hakeem .

" korang nak ape ? " tanya dahlia sambil tangannya laju membuka bekas roti yang dibelinya di kantin .

" amboi kau , dah naik form 4 terus tak nak lepak dengan kita orang ? " jawab hakeem dengan nada gurau .

" aku cau lu- "

" eyh eyh eyh , lek la dahlia . gurau je kot " kata hakeem .

dahlia hanya menjeling hakeem. dahlia sebenarnya penat . penat dengan dunia tapi dia sedar yang dia masih banyak dosa jadi faham - faham lah .

kahar yang dari tadi bisu akhrinya bersuara .

" kau jangan lupa join perjumpaan esok "

dahlia yang sedang makan tersentak sekejap apabila mendengar arahan yang dikeluarkan oleh kahar. dahlia memandang kahar dengan tidak puas hati .

" perlu ke aku join ? bukan meeting tu untuk 'anak jantan' je ke ? " sengaja dahlia menekan perkataan jantan sambil menghadap kahar .

kahar menjelingnya sebelum mengukir senyuman sinis .

" kau kena ingat kasih , lesen kau still on pending . hanya aku yang ada suara nak bagi ke tak lesen tu dekat kau . jadi be a good girl hm ? " kata kahar sambil tertawa lalu mengusap lembut rambut dahlia .

dahlia yang mendengar ugutan kahar hanya mampu terdiam menahan dirinya daripada mengeluarkan kata cacian. dia hanya mampu mengangguk kerana mahu elakkan berlakunya pergaduhan antara dia dan high council .

" dah , cau lu . bye kasihku . " sempat kahar melirik terhadap dahlia. dahlia hanya menjelingkan matanya terhadap jejaka tersebut namun hanya senyuman sinis yang didapatnya .

dahlia yang bersendirian selepas ditinggalkan oleh jejaka jejaka tadi mengelamun. mindanya masih segar akan kisah
yang telah berlaku pada pagi tadi .

reaksi naim setelah mendapat tahu bahawa fakhri , adik kandungnya berada di sekolah yang sama masih terpampang di minda dahlia serta kelakuan fakhri yang agresif terhadap naim menimbulkan rasa tidak senang dalam hatinya .

" makin lama aku fikir , makin serabut kepala aku "

dahlia bangkit dengan keluhan kecil dan bergerak menuju ke dormnya untuk merehatkan diri. maklumlah , esok bermulanya sesi persekolahan yang sebenar mereka dan dahlia kalau boleh nak habiskan zaman persekolahannya dengan aman .

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
puspa . phcTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang