Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" SERUPA MACAM ABANG KAU "
keesokkan harinya , dahlia sedang makan di dm sementara menunggu petang untuk menuju ke tempat kem itu . dahlia mendapati kem bulan madu akan dibuat di dalam hutan belakang sekolah .
sedang dahlia kusyuk makan , dia disergah oleh satu suara yang amat dikenalinya daripada jauh .
" bunga ! "
hampir tersedak dahlia apabila mendengar suara naim yang memenuhi dm itu . memusingkan kepalanya untuk menoleh ke arah naim , dahlia perasan semua mata sedang memandangnya . dengan segera dahlia menundukkan kepalanya .
' tak kenal , tak kenal . kalau aku tak tengok mata dia , maksudnya dia tak wujud '
seakan akan membaca mentera , dahlia terus menundukkan kepalanya sambil meneruskan suapan nasi gorengnya . naim yang melihat dahlia hanya mengabaikan sapaannya , mencebik tapi dia tetap melabuhkan dirinya di tepi dahlia .
dahlia yang merasakan naim duduk di tepinya hanya mendiamkan diri . mengabaikan cebikan yang dikeluarkan oleh naim , walaupun dia tidak melihat tapi dia dapat merasakan lelaki itu ingin dahlia menegur dirinya dahulu .
mengeluarkan nafas yang berat , dahlia memalingkan badannya ke arah naim . memusingkan matanya saat melihat senyuman yang terukir di bibir naim , dahlia sempat menepis bahu naim .
" aduh ! ya allah sakit ya allah "
" over la kau . hah kau ni nak apa ? melalak nama aku macam aku ni dekat sarawak "
" ish kau ni , elokla aku tegur daripada aku palau kau . tapi kau kan bunga aku nak palau pun tak sampai hati "
" betul la bunga . aku kan dah janji dengan nenda yang aku nak halalkan kau . nenda pun dah bagi green light tau "
wajah dahlia yang tadi hangat menjadi semakin kemerahan . teringat akan peristiwa semasa raya tahun lepas sewaktu naim pergi melawat ke rumah nendanya .
" assalamualaikum ! bunga oo bunga "
" waalaikumussalam ! eyh teruna siapa ni ? kawan ratna ke ? "
terkejut naim apabila yang menyahut salamnya adalah nenda kesayangan dahlia dan bukan tuan badan . dengan senyuman jengkel , naim mahu mengangguk tetapi terhenti apabila terdengar nama yang tak biasa didengarinya .