" LAGIPUN BUKAN SELALU AKU NAK CURI SPOTLIGHT ORANG "
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" KAU MEMANG NAK MAMPUS AWAL KAN SIAL ?"
perjalanan menuju ke tempat manifesto itu hanya diselubungi oleh kesunyian antara dahlia dan jejaka yang menemaninya .
selepas jejaka itu menjawab persoalan amirr dengan memotong dahlia , gadis itu terus menuju ke sisi jejaka itu tanpa menoleh ke arah naim dan amirr .
" pandai kau curi line kan ? aku baru je nak bagi dua ekor tu suspens sikit "
kata kata dahlia yang memecah kesunyian itu mengundang tawa kecil oleh jejaka di sebelahnya . mereka berdua hanya mengendahkan mata mata pelajar yang melihat mereka berdua .
agak pelik melihat dahlia berada disisi jejaka itu kerana sudah terbiasa melihat dahlia bersama dengan naim atau kahar .
" tengok orang lah dahlia , ketua rumah tuah ni . lagipun bukan selalu aku nak curi spotlight orang "
dahlia hanya memusingkan matanya apabila mendengar gurauan fahmi yang diakhiri dengan gelak tawa daripada jejaka itu .
" ni , kau dah makan ubat ke belum ? "
dahlia hanya mengeluh kecil apabila mendengar soalan fahmi . gadis itu hanya mengangguk kecil tetapi jejaka itu seakan tidak mempercayainya .
" kau jangan tipu dahlia . malam haritu aku jumpa kau dah macam nak nazak kau tahu ? ni kalau dorang tahu- "
segera dahlia memukul lengan fahmi dengan kasar untuk memotong kata kata lelaki itu sambil menoleh ke sekelilingnya . takut ada yang mendengar . jejaka itu hanya mampu mengaduh kecil dengan serangan dahlia .
" aduh ! betul apa aku kata , kalau dorang tahu kau- "
" dah diam . aku dah makan ubat la jangan risau "
fahmi mengangkat keningnya , masih tidak mempercayai kata kata dahlia . gadis itu memusingkan matanya sebelum menghulurkan jari kelingkingnya .
melihat jejaka yang hanya melihat tindakannya dengan kening yang bertaut membuatkan dahlia mengeluh . sebelum dia mengambil jari jejaka itu dan menyatukan kedua jari mereka .