Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" KAU INGAT AKU NAK BUAT MACAM NI ?! "
dahlia kini sedang menatap bulan yang menyinari pada malam itu . selepas adegannya bersama naim pada petang tadi , keinginan dirinya untuk makan telah tiada .
" kau siapa nak terima aku ?! "
dahlia hanya mampu mengelap air matanya dengan segera apabila mendengar kata kata naim .
" sial lah ! "
mendengus kasar , dahlia mengenggam tangannya dengan erat . sebelum mengeluh dengan berat apabila mendengar bunyi ketukan .
" memang hidup aku tak boleh nak aman kan "
dengan langkah yang berat dahlia menuju ke pintunya . keningnya bertaut apabila mendengar beberapa pasang suara di sebalik pintu dormnya .
" aku tak rasa dahlia nak jumpa korang "
" eleh asal lak ? mentang mentang kau ketua rumah permata , kau nak borak macam tu ? tepi lah kau "
" weyh keem , jap- "
belum sempat hakeem memulas tombol , dahlia terlebih membuka pintu itu dengan reaksi wajah yang kosong . dahlia mengangkat keningnya apabila melihat jejaka jejaka yang berada di hadapan pintunya .
" permata ! kau tengok mi , elok je permata buka pintu untuk aku- "
" korang nak apa ? "
segera dahlia memotong kata kata hakeem . enggan berada di dalam kawasan yang sama bersama dengan mereka . dahlia dapat merasakan perasaan serba salahnya semakin membuak buak apabila melihat ekspresi wajah hakeem berubah .
" takde lah , kita orang nak tengok kau okay ke tak . alang alang tu , jom movie marathon nak ? "
' sial la keem '
mengabaikan keperitan di dadanya , dahlia segera menggelengkan kepalanya . matanya kini sudah bertakung dengan air mata yang enggan dilepaskan .
" tak payah kot . aku penat la hakeem "
kening hakeem bertaut apabila mendengar panggilan nama yang digunakan oleh dahlia . dengan lembut hakeem menggapai tangan dahlia .