Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" WELCOME BACK KAPLA "
selepas beberapa hari sejak kes ariz , dahlia telah mengharungi minggunya dengan agak aman . tiada siapa yang mengganggu dirinya termasukla harris .
kini , dahlia sedang berehat di dm dengan amirr kerana naim kata dia ada urusan yang perlu diselesaikan jadi naim menyuruh mereka berdua untuk pergi makan dahulu .
dahlia yang sedang makanannya hanya mengangguk tanda mendengar amirr yang dari tadi tidak berhenti membebel kepada dirinya .
" kau ni kan kirana , kan aku dah kata jangan lambatkan waktu makan . nanti kau kena gastrik- "
dahlia tersedak air milonya apabila mendengar panggilan yang digunakan oleh amirr . lelaki yang membebel itu menghentikan kata katanya lalu melabuhkan diri di sebelah dahlia sambil menepuk belakang dahlia dengan lembut .
" kau ni dah asal ? tersedak air macam ada orang sergah kau"
amirr menyoal dahlia yang masih terkejut itu namun tangannya tidak berhenti daripada menepuk belakang dahlia . kini , giliran gadis itu untuk memandang amirr dengan pandangan tajam .
" kau salahkan aku ? kau la tu , tetiba panggil aku kirana . macam mana aku tak terkejut ? ni kau dah asal panggil aku kirana ? apa yang kau mabuk ni mirr ? kau ambik kencing setan ke- "
persoalan dahlia terbantut apabila amirr sengaja menepuk belakang dahlia dengan kuat . terkejut dengan pukulan itu , dahlia mendesis sebelum menjeling amirr .
" apa masalah kau bodo main pukul pukul , ni aku siku muka kau baru kau tahu "
amaran dahlia hanya mendatangkan senyuman mengejek daripada amirr . melihat senyuman itu dahlia hanya memusingkan matanya tanda menyampah .
" kau tak nak bagitahu tak pe lah mirr , baik aku cari orang lain- "
" eyh eyh , kau ni kan . ye lah aku cakap la ni , tak pandai sabar betul la minah ni "
mendengar kata kata amirr , dahlia hanya senyum kemenangan sebelum kembali melabuhkan dirinya .