Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" ADA LAGI MAMAT SIAL NI "
" manifesto aku dengan naim malam ni "
" manifesto "
" manifesto "
pang !!
dahlia memegang kepalanya yang kini semakin serabut apabila teringat dengan kata kata naim . pandangan kosong dahlia paparkan terhadap serpihan kaca yang ada di atas lantai selepas dia menikam bukunya tanpa dia sedari .
perlahan langkah dahlia menuju ke arah serpihan kaca lalu dia melabuhkan dirinya untuk bersandar di dinding biliknya .
dahlia mengambil satu per satu serpihan cermin tanpa menghiraukan tangannya kini sudah mula berlumuran dengan darah .
tindakan dahlia terhenti apabila dia menyedari ada sekeping gambar yang telah turut jatuh akibat impaks bukunya .
pandangan dahlia yang tadi kosong kini bertakung dengan air mata apabila melihat isi kandung sekeping gambar itu .
dahlia tersenyum kecil apabila melihat dirinya dengan jejaka jejaka yang digelarnya kawan tersenyum lebar melihat kamera untuk menangkap momen indah mereka .
dahlia masih ingat ketika itu rumah tuah telah memenangi kejohanan rumah sukan di sekolah mereka . oleh itu , dahlia , naim dan amirr tersenyum puas dengan pencapaian mereka .
gambar yang sepatutnya hanya mereka bertiga telah diganggu oleh ahli high council yang sekarang dengan mengejut .
ketawa kecil dahlia apabila dia teringat akan masa itu . dalam gambar itu ada tujuh orang termasuklah dahlia . diri dahlia telah diapit oleh kahar dan naim .
ketika dahlia senyum melihat kamera , dahlia sedar kahar turut tersenyum dengan lebar . tetapi pandangan kahar bukan ke arah kamera .
tetapi ke arah dirinya .
" romantik betul kau ni kahar . orang lain tengok kamera tapi kau pergi tengok aku . seolah olah kau masih sayang dekat aku "
gambar yang tadi bersih kini dibasahi dengan air mata dan darah milik luka dahlia . namun kenyataan itu hanya diendahkan oleh dahlia .