Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" THANK YOU "
" oi "
jejaka tersebut membutangkan matanya apabila disergah oleh dahlia . kahar hanya mampu melihat dahlia dengan pandangan yang agak jengkel sebelum dirinya berdiri .
" kasih.. maksud kahar eyh aku , kau nak duduk sini ke ? kalau macam tu aku cau dulu eyh dahlia "
belum sempat kahar mengangkat kakinya untuk memulakan langkah balik ke dorm , tubuhnya terhenti apabila ada genggaman di lengannya .
mata kahar dengan perlahan melihat tangan yang sedang memegang lengan miliknya sebelum dia bertentang mata dengan dahlia .
segera kahar mengalihkan tangan dahlia sebelum berdehem kecil .
" jangan sentuh aku dahlia . aku kotor "
tersentak dahlia apabila mendengar kata-kata kahar . perasaan serba salah kini menyelubungi dirinya . sempat dahlia menelan air liurnya sebelum melabuhkan diri di bangku tadi .
" duduk dulu . ada benda aku nak cakap "
dahlia berkata tanpa melihat ke arah kahar . perasaan malu dan sesal selepas melepaskan kata-kata kasar kepada kahar pada malam itu .
kahar masih teragak-agak untuk melabuhkan dirinya kerana kata-kata dahlia masih terngiang-ngiang di kepala . dahlia yang melihat reaksi kahar melepaskan keluh kecil .
" ini tentang hidup dan mati kahar "
kahar mengangkat keningnya apabila mendengar kata-kata dahlia . belum sempat kahar menanyakan persoalannya , dahlia terlebih dahulu mencelah .
" pasal hidup dan mati aku "
tersentak kahar apabila mendengar kata-kata dahlia . dengan perlahan kahar melabuhkan diri di sebelah dahlia tetapi meninggalkan sedikit ruang antara mereka berdua .
" maksud kau ? jangan buat main benda mati ni dahlia "
dahlia menghelakan keluh kecil apabila mendengar kata-kata kahar sebelum dirinya mengukir senyuman paksa .
" kau ingat aku nak bermain dengan hal ni ? "
kahar hanya mampu mendiamkan diri apabila mendengar jawapan dahlia . gadis itu menerima kesunyian itu sebagai tanda untuk dia meneruskan kata-katanya .
" aku ada kanser . kanser paru-paru kalau lebih specific "
dengan segera kahar memalingkan seluruh tubuhnya menghadap dahlia dengan riak wajah yang terkejut . kini , kahar sedar akan perubahan fizikal dahlia .