41

157 15 52
                                    

" CIKGU , TOLONG ABANG SAYA CIKGU "

" CIKGU , TOLONG ABANG SAYA CIKGU "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" ASAL KAU CAKAP MACAM TU ? "





















































semua mata tertumpu kepada jeritan yang dilaungkan oleh dahlia. mata mereka membutang apabila melihat kehadiran gadis itu di tempat manifesto mereka. kahar dapat merasakan hatinya retak apabila melihat air mata kasihnya mengalir tanpa henti.

" kasih ! "

kahar dapat merasakan kakinya bergerak dengan sendirinya untuk mendakap gadis kesayangannya . namun , belum sempat kahar mencapai dahlia , gadis itu terlebih dahulu menepis tangan miliknya dengan kasar. mata kahar hanya mampu melihat susuk tubuh dahlia yang menuju ke arah naim.

sebaik sahaja dahlia berada di sisi naim, dahlia dapat merasakan air matanya mengalir dengan lebih deras. dengan tangan yang menggigil , dahlia mencapai wajah naim dengan lembut. seakan-akan jejaka itu akan hilang daripada dakapannya.

" naim.. kau tipu. kau tipu aku naim "

kesunyian malam itu hanya dipenuhi dengan rintihan dan desakan oleh dahlia. mata-mata yang memandang hanya mampu melihat gadis itu dengan perasaan sayu. fakhri yang melihat dahlia hanya mampu berdiam diri sebelum langkahnya bergerak menuju ke arah gadis itu.

" dahlia- "

" kau nak apa lagi fakhri ?! tak cukup ke kau hancurkan hidup dia selama ni ? kau malukan dia depan satu sekolah ? "

fakhri hanya mampu mendiamkan dirinya. perasaan kesal dan bersalah menyelubungi lubuk hati. air mata fakhri kini mengalir dengan deras. desakan untuk membangunkan abangnya kembali seakan-akan musnah. namun, pergerakan mereka terhenti apabila mendengar enjin kereta yang menghampiri.

melihat mr.sin keluar daripada kereta miliknya dengan riak wajah yang terkejut dan takut apabila mendapati keadaan pelajar-pelajar yang seperti selepas berperang. dahlia yang masih dalam dunia tangisannya , tidak menyedari tindakan fakhri yang sudah membawa naim kepada mr.sin.

" cikgu , tolong abang saya cikgu "

sedar daripada lamunannya, mr.sin segera mengambil naim daripada dakapan fakhri untuk dibawa ke hospital supaya mendapat rawatan dengan segera. tetapi sempat mr.sin berpesan kepada pelajar yang di situ untuk balik semula ke perkarangan sekolah.

selepas mendengar arahan daripada mr.sin , mereka segera memulakan langkah untuk balik ke sekolah. enggan menaikkan api amarah guru biologi mereka. namun, masih terdapat satu susuk tubuh yang masih kaku melutut di tanah yang berlumpur.

" kasih "

enggan dahlia memberi respons terhadap suara yang memanggilnya. kahar mengeluh apabila tiada respons daripada dahlia. dengan perlahan , kahar melutut di hadapan dahlia supaya pandangan mata mereka berada di aras yang sama. sayu hati kahar apabila melihat sinar di mata dahlia sudah hilang sepenuhnya.

puspa . phcWhere stories live. Discover now