Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" PERANGAI KAU MEMANG BAWA SIAL "
keesokkan harinya , kelihatan dahlia sedang mencari naim di dm . oleh kerana dahlia jarang sekali makan di dm , kehadirannya agak mengejutkan buat pelajar di sana .
dahlia yang nampak kelibat amirr di dm , segera berjalan ke arah mejanya . setelah sampai , dahlia terus melabuhkan dirinya di sebelah amirr .
" naim mana ? " tanya dahlia kepada amirr yang sedang makan . dahlia sempat melihat lauk yang disediakan oleh dm namun seleranya makin hilang apabila melihat makanan tersebut .
belum sempat amirr menjawab , tuan punya badan telah pun melabuhkan dirinya di hadapan mereka berdua . dahlia yang menatap mata naim terus membuka mulutnya .
" weyh naim , kau pergi mana malam tadi ? dah lah dua dua sidai aku " mood dahlia yang ceria kembali bengis apabila dia mengingati peristiwa yang terjadi malam tadi .
" oh tu , aku dah balik dorm masa tu sebab aku ingat kau dah balik dorm " jawab naim dengan selamba .
kening dahlia berkerut . tak mungkinlah naim tidak melihatnya kerana dahlia masih ada di dewan pada ketika itu .
" kalau macam tu , kenapa aku tak perasan kau keluar dewan ? "
naim yang mendengar soalan dahlia hanya mampu mengeluh sebelum berdiri untuk beredar . namun , naim sempat berkata isi hatinya terhadap dahlia .
" macam mana kau nak perasan ? kau kan tengah sibuk dengan si fakhri tu " sebaik sahaja kata kata tersebut keluar daripada mulut naim , dia terus beredar dari situ .
dahlia tersentak apabila mendengar kata kata naim . dia tidak sedar mata naim sedang mengawasinya ketika itu tetapi dia juga marah apabila naim hanya pergi tanpa mendengar penjelasannya .
untuk seharian pada hari itu , naim dan dahlia tidak bertegur sapa antara satu sama lain . bahkan di kelas , mereka berdua tidak berinteraksi langsung .
naim sedar dengan keegoannya yang tidak mahu mendengar penjelasan dahlia hanya akan mengeruhkan keadaan tetapi hatinya tetap hancur apabila melihat adiknya dan orang kesayangannya bersama .
naim tidak mahu fakhri merampas dahlia dari dirinya tetapi naim tetap memerlukan masa untuk menghadam semua ini .