023

357 37 26
                                    

" KAU DAH ROSAKKAN NAMA KELUARGA KITA "

" KAU DAH ROSAKKAN NAMA KELUARGA KITA "

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

" KAU SAMA JE MACAM DIA "
























































































keesokkan harinya , hubungan dahlia dan kahar masih renggang . sudah beberapa kali jejaka itu mahu meminta maaf dan menebus kesilapannya . namun hanya wajah yang kosong menjadi jawapan .

dahlia sedang berehat di bangku yang sama dia duduki kelmarin . namun untuk kali ini , kepala dahlia bukan hanya serabut mengenai high council malah papanya .

papa <3

papa <3
papa otw ke kudrat .

dahlia agak terkilan apabila dia membaca mesej itu beberapa jam sebelumnya . belum pernah papanya pergi melawat dirinya di kudrat kerana waktu musim percutian dahlia akan menaiki teksi untuk pergi ke rumah nenda .

namun kedatangan papanya secara tiba tiba ini membuatkan dirinya agak gelisah dan tidak tenteram . dahlia hanya mampu bersangka baik sebelum menghelakan nafas berat .

seakan akan tuhan menyahut persoalannya , kedengaran pengumuman dilakukan .

" kepada kasih dahlia kirana , sila pergi ke pejabat pengetua sekarang . ayah anda sedang menanti anda "

terbeliak mata dahlia apabila dia mendengar namanya disebut . dirinya belum bersedia untuk berhadapan dengan papanya tapi takde siapa yang boleh menidakkan takdir .

dengan langkah yang berat , dahlia menghayunkan kakinya untuk menuju ke pejabat pengetua . menghiraukan pandangan yang ditujukan kepadanya .

selepas beberapa minit berjalan , dahlia akhirnya sampai di hadapan pejabat pengetua . sempat dahlia mengeluarkan keluhan yang berat sebelum mengetuk pintu kayu itu .

knock knock

" masuk "

dahlia memusingkan tombol pintu apabila mendengar kebenaran daripada pengetua . sebaik sahaja dahlia membuka pintu , kelihatan papanya sedang menunggu dirinya .

keadaan yang agak tegang di dalam pejabat itu membuatkan dahlia menelan air liur nya tanda gementar . menghayunkan kakinya untuk menuju ke kerusi di hadapan meja pengetua , dahlia ingin melabuhkan dirinya .

puspa . phcTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang