Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" AKU NAK CAKAP DENGAN KAU SEKEJAP BOLEH ? "
dahlia mengambil tempat disebelah amirr untuk menyaksikan sesi restu antara naim dan fahmi . dahlia perasan mood amirr tetiba hilang apabila naim diumumkan sebagai wakil rumah tuah .
" kau tahu ke naim wakilkan diri ? " dahlia bertanya kepada amirr namun matanya masih tertumpu ke arah naim yang di dalam 'gelanggang' .
amirr hanya menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada soalan dahlia .
" ouh . tapi bukan ke korang- "
belum sempat dahlia menghabiskan kata katanya , dia telah dipotong oleh kahar yang sudah memulakan sesi restu pada malam itu .
alangkah terkedu dan terkejutnya dahlia apabila fahmi membuka baju sebelum menghantar satu tumbukan tepat di perut naim .
pergaduhan di antara mereka diteruskan sebelum kahar memotong sekali lagi .
" weyh , buka lah baju tu "
mata dahlia terbeliak apabila mendengar arahan kahar dan naim yang kelihatan terpaksa tapi tetap membuka bajunya .
' ghisau ghisau , lawan pun buka baju . ajaran sesat manalah dorang ikut ni 'omel dahlia dalam hatinya , agak pelik dengan peraturan yang di tetapkan .
omelan dahlia terhenti apabila dia menyedari naim sedang berdiri di depannya . dahlia menenggelkan kepalanya sedikit tanda keliru .
namun naim hanya menghulurkan baju miliknya terhadap dahlia tanpa mengatakan apa apa . dahlia yang teragak agak pada mulanya akhirnya mengambil baju naim apabila ramai mata memandang mereka berdua .
ketika dahlia mengambil baju daripada naim , sempat naim menarik tangan dahlia dan merapatkan mukanya hingga berada dekat dengan dahlia . lalu dia membisik .
" aku nak kau tengok aku menang . menang untuk sekolah ni dan menang untuk kau , bunga "
dahlia hanya mampu menggangguk kerana dia tergamam dengan deklarasi naim terhadapnya . lamunannya terhenti apabila naim kembali ke 'gelanggang'
tanpa mereka berdua sedari , moment mereka diperhati oleh beberapa pasang anak mata yang hanya mampu menyimpan rasa geram .
naim yang tersenyum melihat respons dahlia yang statik . dengan azam yang semakin membara , dia memandang tepat ke arah mata fahmi lalu melontarkan penumbuknya dengan kuat .
sesi restu antara naim dan fahmi berlangsung selama beberapa belas minit sebelum naim mengambil gelaran juara dan perwakilanya telah direstui .
kemenangan naim mendapat sorakan yang gemuruh daripada para pelajar yang ada di situ . naim yang tersenyum selepas mendapat kemenangan segera mencari mata dahlia .
namun , senyuman naim mati apabila dia melihat kelibat fakhri dan dahlia yang sedang berbual antara satu sama lain . selepas melihat interaksi antara mereka berdua , naim segera beredar daripada dewan itu .
kahar yang melihat perangai naim apabila melihat fakhri berasa pelik . tetapi dia hanya membiarkan dua jejaka itu sebelum mendengus kasar apabila melihat dahlia melayan fakhri .
pada sisi fakhri pula , sebenarnya fakhri telah menegur dahlia ketika kahar mengumumkan pemenang sesi restu tersebut . fakhri telah mengambil kesempatan apabila melihat abangnya dikerumuni oleh pelajar .
sebaik sahaja dia berdiri di sebelah dahlia , dia berdehem sebelum memulakan bicaranya .
" dahlia ? aku nak cakap dengan kau sekejap boleh ? " sapa fakhri dengan nada lembut terhadap dahlia .
dahlia yang masih fokus dengan naim , tersentak apabila mendengar suara milik fakhri berada di sisinya . dahi dahlia yang berkerut tanda keliru hanya mampu menganggukkan kepala .
" kau nak apa ? " soal dahlia dengan ringkas . dahlia sebenarnya nak elakkan daripada berinteraksi dengan fakhri kerana dia tahu hubungan adik beradik ismet agak rapuh buat masa kini .
" esok , kalau esok kau teman aku makan waktu rehat boleh ? aku ada benda nak tanya dengan kau "
dahlia yang bingung dengan permintaan fakhri hanya menenggelkan kepala .
" aku tak boleh nak rehat dengan kau sebab aku dah janji dengan naim yang aku nak rehat dengan dia " kata dahlia sedangkan hakikatnya dia sebenarnya tidak mahu pelajar lain melihatnya dengan fakhri .
maklumlah , cable lelaki ni besar . tengok sini berdua lepastu tak sampai 5 minit , satu sekolah dah tahu .
fakhri yang berasa kecewa dengan penolakan dahlia hanya mampu mengangguk tetapi belum sempat dia beredar , terdapat tangan menahan lengannya .
" kalau kau nak , esok petang kita jumpa dekat padang . tapi kau kena ajak ayam sekali , aku tak nak orang nampak kita berdua je " terang dahlia dengan panjang .
selepas mendengar kata kata dahlia , senyuman di muka nya jelas terukir . fakhri hanya mengangguk kecil dan beredar dari dewan tetapi dia sempat melirik dahlia .
" aku pergi dulu dahlia . assalamualaikum , fleur . "
dahlia yang melihat kelibat yang semakin mengecil hanya mampu melepaskan keluhan kecil .
' baru second day , dah ada drama . mampus memang mampus ' sempat dahlia merungut sebelum matanya liar mencari kelibat naim .
namun dirinya terkejut apabila dia melihat hanya tinggal dirinya di dewan yang besar itu . wajah dahlia yang berkerut tadi bertambah bengis apabila dia menyedari dirinya telah disidai .
" kata anak jantan tapi tak gentleman , sial betul perangai dorang " kata dahlia sambil menjulingkan matanya ke atas lalu berjalan menuju ke dormnya sendirian .
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.