Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" MAY THE BEST MAN WIN "
kini , kelihatan susuk tubuh dahlia sedang duduk di salah satu kerusi di perkarangan sekolah dan ditemani oleh kahar .
mereka berdua memutuskan untuk mengambil angin sebelum kembali ke dorm masing masing . kahar juga ingin mengambil peluang untuk meluangkan masa dengan dahlia kerana dirinya sudah seminggu tidak berinteraksi dengan gadis itu .
" so apa yang dah jadi waktu aku takde ? "
kahar bertanya . ingin memulakan perbualan dengan gadis yang masih melihat ke arah awan yang kini beransur bertukar warna .
dan bukan kerana dia ingin mendengar suara dahlia , memang bukan . walaupun ayahnya sudah menceritakan apa yang sedang berlaku di kudrat tapi tak salah kalau nak double check kan ?
mendengar soalan kahar , dahlia hanya menghelakan nafas yang kecil sebelum mula berbicara .
" banyak juga la yang dah jadi . benda yang aku tak expect , jadi . benda yang aku expect , tak jadi "
makin berkerut kedua kening kahar apabila mendengar kata kata dahlia . berdehem kahar merehatkan lengannya di bangku yang disandarkan oleh dahlia .
tindakan kahar ini membuatkan dahlia melihat jejaka itu . namun dahlia tidak menolak tetapi hanya membiarkan lengan lelaki itu berehat di belakangnya .
" apa maksud kau kasih ? jantan bangang tu ada kacau kau jugak ke ? "
memikirkan lelaki itu membuatkan darah kahar semakin panas namun dia dapat menyorokkan perasaan itu apabila bersama dahlia .
gadis itu hanya menelengkan kepalanya dengan persoalan kahar . ha sudah , dua dua keliru .
" hah ? jantan bangang ? "
kahar mengeluarkan tawa kecil apabila melihat wajah keliru dahlia . tangannya yang direhatkan di bahu dahlia itu mencapai pipi milik gadis itu lalu dicubit .
" ow ! "
makin kuat gelak tawa kahar apabila mendengar aduhan kecil milik dahlia . tangannya yang mencubit pipi dahlia kini digunakan untuk mengusap lembut pipi gadis itu , dengan harapan mengurangkan rasa sakit itu .
" iyerlah jantan bangang harris tu . kasih sendiri cakap jantan tu bangang kan ? so kahar ikut je lah apa yang kasih kata "
mendengar nama lelaki itu , dahlia hanya memusingkan matanya dengan tanda menyampah . tangan kahar yang masih dipipinya hanya dihiraukan oleh gadis itu walaupun dalam hatinya sudah bergelora dengan rentakan drum .