Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" KALAU KAU NAK DIA , KAU LANGKAH MAYAT AKU DULU LAH SIAL "
keesokkan harinya , kelihatan kelibat dahlia yang sedang meronda di kawasan sekolah . dahlia masih tidak bertegur dengan fakhri yang telah menyidai dirinya semalam .
selepas dahlia meletakkan panggilan antara dirinya dan fakhri semalam , dahlia terus menuju ke dorm naim .
dahlia mengetuk pintu dengan perlahan apabila menyedari jam yang hampir menunjukkan pukul 9.30 malam itu .
knock knock
selepas menunggu beberapa saat , akhirnya naim membuka pintu itu . naim yang melihat dahlia segera mempelawa gadis itu untuk masuk .
namun , dahlia terus menolak pelawaan naim sambil melontarkan senyuman janggal . berasa agak serba salah kerana terpaksa membatalkan study date mereka .
" sorry dho naim tapi kalau kita buat study date ni esok boleh ke ? aku tetiba takde mood nak belajar lah "
naim mengangkat keningnya apabila mendengar kata kata dahlia . separuh daripada dirinya berasa kecewa kerana dahlia telah membatalkan sesi itu last minute .
namun , setelah memerhatikan riak wajah dahlia dengan teliti . naim akhirnya membuka mulut .
" kau okay tak ni ? kau bincang apa dengan fakhri tadi ? "
riak wajah dahlia berubah serta merta apabila mendengar nama yang keluar daripada mulut naim . dahlia sempat memusingkan matanya sebelum mengadu kepada naim .
" kita orang takde bincang apa apa pun . nak tahu kenapa ? jantan tu sidai aku . dah dekat sejam aku tunggu , last last aku cau je "
mendengar penjelasan dahlia , naim akhirnya faham . diri naim berasa marah apabila fakhri menyidai dahlia namun naim juga turut bersyukur akan tindakan fakhri .