Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" EYH ABANG JIBAM "
mendengar rayuan yang keluar daripada mulut naim membuatkan perasan kasihan dan serba salah dalam diri dahlia . kesunyian menyebulungi mereka berdua . naim yang berasa risau dengan kesunyian dahlia semakin cemas .
" aku tak paksa kau maafkan aku . aku cuma nak bagitahu aku minta maaf sebab nanti- "
" aku maafkan kau " sampuk dahlia sambil memandang tepat ke arah mata naim .
naim yang seakan akan tidak percaya dengan kata kata dahlia berasa seperti di awangan . naim melemparkan senyuman manis kepada dahlia yang membalas dengan senyuman juga .
" dah lah , jom . kang amirr meroyan kita dua sidai dia lama lama " kata dahlia sebelum menghayunkan kakinya , ingin beredar daripada situ untuk ke dm .
" ouh pasal tu . amirr sakit perut dia kata " kata naim sambil memegang lehernya . matanya masih mengekori setiap gerakan dahlia . kepala dahlia di sengetkan , berasa keliru .
' comel '
" ye ke ?? apesal dia tak mesej aku ? " belum sempat dahlia membuka telefon miliknya , naim sudah pun menyampuknya .
" dia dalam tandas tu , aku ada dengan dia time tu . maksud aku , aku ada dekat luar tandas time tu bukan dengan dia dalam tandas- "
belum sempat naim habiskan penerangannya , dahlia terlebih dahulu mencapai lengan bajunya .
" kau kalau bercakap memang tak berhenti kan ? dah lah jom pergi dm , aku dah lapar ni "
mendengar bebelan dahlia , naim hanya tersenyum . dia berasa lega kerana hubungannya dengan dahlia sudah kembali seperti sebelum ini .
malam yang sudah semakin gelap itu dipenuhi dengan gelak tawa dahlia dan naim . mereka berdua telah lepak selama beberapa jam di salah satu bangku sekolah . niat untuk belajar telah lama dibuang .
sekarang ini , mereka tengah mengenangkan salah satu kisah mereka semasa di tingkatan 3 . dahlia yang mendengar kisah itu semakin sakan ketawa .
akhirnya , kesunyian menyubulungi mereka berdua sekali lagi . namun dahlia tidak berasa lemas akan kehadiran naim untuk kali ini tetapi dia berasa selamat dan lega . mereka berdua hanya terdiam sambil melihat langit sebelum naim memulakan topik baharu .