Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU "
membuka matanya perlahan lahan , dahlia perasaan dirinya sedang berada di bilik rawatan di sekolah . ingin bangkit untuk duduk namun kepalanya yang pening menghentikan tindakannya .
memegang kepalanya untuk mengurangkan rasa sakit itu , dahlia perasan ramai pelajar di bilik rawatan itu . termasuklah ayam dan hakeem .
" awak dah sedar ? "
terkejut dahlia apabila mendengar suara yang tiba tiba muncul disebelahnya . memandang ke tepi , dahlia perasan staf yang sama yang merawat dirinya dahulu .
dahlia hanya mengangguk untuk mejawab persoalan staf itu kerana kepalanya masih berdenyut daripada tadi . namun , tindakannya membuatkan dirinya berasa mual tapi sempat dahlia menahan diri .
" apa yang dah jadi ? "
dahlia menyoal staf yang bertugas apabila matanya melilau ke arah pelajar pelajar di sekelilingnya yang seakan akan kesakitan .
" mereka keracunan . pihak kami mengesyaki ada kena mengena dengan dadah . to be specific , grayanotoxin "
mata dahlia membutang apabila mendengar kata kata staf itu . dahlia familiar dengan dadah yang disebut oleh staf itu .
grayanotoxin . atau dengan nama glamournya
" mad honey "
mata dahlia melilau ke arah hakeem yang masih tidak sedarkan diri . dirinya ingin menafikan kenyataan ini semua angkara high council tetapi orang bodoh pun boleh tahu .
perasaan dahlia bercampur baur apabila mengetahui tentang hal ini . separuh daripadanya kecewa dengan sikap dictator yang dilakukan oleh ahli high council dan separuh lagi dirinya berasa marah kerana tindakan cuai mereka boleh menghilangkan nyaman seseorang .
ingin menuruni daripada katil tersebut , dahlia mengaduh apabila dia menggerakkan kakinya . sekarang barulah dia perasan , kakinya sedang berbalut .
staf yang masih disisi dahlia hanya tersenyum apabila melihat reaksi gadis itu terhadap kakinya yang dibalut .
" kaki awak terseliuh sebab tu saya balut . awak patut bersyukur ada pelajar lelaki yang tolong bawa awak dekat sini semalam "