Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" JANTAN TU BALIK BILA ? "
" naim ? "
panggilan dahlia memanggil naim hanya dibalas dengan kesunyian . mata naim tidak lekang daripada memerhati gerak geri adiknya dengan pandangan yang tajam .
kedua dua jejaka itu hanya memerhatikan masing masing dengan pandangan yang penuh dengan isi yang tersirat . dahlia yang mengesan ketegangan bermain di udara segera berdehem .
" kau buat apa dekat sini ? "
akhirnya naim memutuskan pandangannya dengan memalingkan dirinya menghadap dahlia .
" danial ajak jumpa "
dahlia menelengkan kepalanya apabila mendengar kata kata naim . kali terakhir dia melihat budak itu adalah malam ariz dan naim bermanifesto kerana danial menghilang secara tiba tiba .
" hah ? asal ? "
naim berdehem apabila perasan fakhri turut memasang telinga dalam perbualannya dengan dahlia . sempat naim memusingkan matanya apabila melihat wajah fakhri .
menuju ke arah dahlia , naim memegang lengan dahlia dan menarik gadis itu untuk mengikuti langkahnya . tetapi belum sempat naim dapat menarik dahlia , lengan dahlia yang satu lagi telah di pegang oleh fakhri .
" amboi , senang senang kau nak ambik puspa kan ? tak nampak kita orang tengah berborak ke ? buta ? "
senyuman naim terukir sedikit tanda sindir apabila mendengar kata kata fakhri .
" puspa ? eyh kau tak payah nak sibuk la hal kita orang . dan satu lagi , jangan nak memandai ambik bunga aku "
selepas mengungkapkan kata kata itu , naim segera menghayunkan kakinya untuk melangkah pergi daripada situ .
dahlia yang hanya mendiamkan diri daripada tadi berasa terkejut apabila merasakan dirinya ditarik oleh naim untuk menuju ke tempat yang dijanjikan oleh danial .
melihat tangan mereka berdua yang masih bercantum , dahlia berasa risau dengan perangai naim yang muncul secara tiba tiba .
" naim ? kau okay ke ni ? "
persoalan dahlia hanya dijawab dengan anggukan naim . namun kesunyian masih menyelubungi mereka berdua sepanjang mereka berjalan . kini dahlia sudah berada di sisi naim daripada di belakang .
" ni kenapa danial nak jumpa ? haritu dia pergi mana ? tetiba hilang "
dahlia berdehem kecil sebelum memulakan perbualan . enggan berada di dalam kesunyian yang sebenarnya menyesakkan dirinya .