" ADA ORANG JIBAM "
" AKU TAK NAK KEHILANGAN KAU "
keesokkan harinya , dahlia mendapati bahawa fakhri dan kahar telah memasuki 'gelanggang' namun mereka berdua tidak bermanifesto . mengetahui perangai kahar yang kadang minta sepak , dia tahu kahar sengaja mengapikan fakhri dengan menyepahkan dorm mereka termasuklah ayam dan ikhsan .
bagaimana dahlia mengetahui semua ini ? amirr yang telah membuka cerita ketika mereka berdua berehat di dm . naim dan dahlia masih belum bertegur namun naim tengah berusaha untuk mengambil balik hati bunganya .
selepas mendengar cerita amirr , barulah dahlia perasan . semalam waktu dia bertemu dengan kahar , ada sedikit kesan luka dimukanya namun dia tidak sempat bertanya kerana kahar terlebih dahulu menghantarnya balik ke dorm .
" lepastu kan , kau nak tahu tak ? ada orang jibam " dahlia tersedak apabila mendengar kata kata amirr . jibam adalah report tapi siapa yang berani sangat nak jibam dekat sekolah ni ?
" siapa ? "
amirr hanya menggerakkan anak matanya untuk menunjukkan jejaka yang jibam itu . dahlia mengikuti anak mata amirr dan mendapati ikhsan yang kini duduk sendirian .
sekarang barulah dahlia perasan . segala tawa sinis kecil yang ada di dm rupa rupanya tertuju kepada lelaki itu . dahlia berasa kasihan tetapi bak kata kahar , tradisi tetap tradisi .
dahlia juga perasan , hanya fakhri yang ada di meja ikhsan . ia bermaksud fakhri tak layan memo kahar ataupun dia sengaja mengapikan kahar . sedang dahlia memikirkan kahar , ternyata jodoh itu ada . kahar memunculkan diri sebelum mendekati meja ikhsan dan fakhri .
" kau nak pergi pulau sekali ke ? kalau nak , aku boleh hantarkan " kata kahar dengan nada sindiran yang tepat menuju ke fakhri . mendengar ugutan tersebut , fakhri hanya memusingkan matanya tanda menyampah .
" eyh takpe takpe . aku pandai kayuh sendiri " sindiran dibalas dengan sindiran . ikhsan yang mendengar ugutan kahar , segera berdiri untuk beredar .
" dia ni bukan kawan aku lah ! aku tak tahu apa masalah dia nak duduk dengan aku "
fakhri yang berasa terkejut dengan kata kata ikhsan , segera memanggil ikhsan yang sudah berlalu pergi . namun , panggilannya hanya dibalas dengan kesunyian .
YOU ARE READING
puspa . phc
Fanfictionsesungguhnya , engkaulah adinda puspitaku . impianmu yang sungguh murni , menambah keindahan harapanku , sesungguhnya jikalau harapan ku telah ditakdirkan untuk bersama mu , kebahagiaan sentiasa menemaniku . ~ gelora ; p.ramlee & saloma ~ start :...