Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" AKU MINTA MAAF "
dahlia membuka matanya secara perlahan lahan . perkara pertama yang terpampang di wajah dahlia ialah siling putih . dengan perlahan dahlia bangkit daripada katil sambil memerhati sekelilingnya . dia mendapati dirinya berada di dalam bilik rawatan sekolah .
dahlia kehairanan . setahu dirinya , dia berada di padang kerana fakhri ingin bertemu dengannya . selepas beberapa minit , dahlia dapat mendengar bunyi tapak kaki di luar bilik itu .
pintu yang tadinya tertutup , dibuka secara tiba tiba hingga membuatkan dahlia terkejut sedikit .
jururawat yang melihat dahlia akhirnya sedar , segera berjalan menuju ke arah katil dahlia .
" baguslah awak sudah sedar . ini minyak untuk awak sapu dekat tangan awak , kalau ada sebarang jangkitan , tolong jumpa saya okay ? " kata jururawat yang bertugas itu kepada dahlia dengan lembut .
selepas mendengar kata kata jururawat itu , barulah dahlia sedar bahawa tangannya sudah dibalut kemas .
namun , satu persoalan masih bermain di minda dahlia . bagaimana dirinya ada di bilik rawatan ?
jururawat yang masih tercegat di sebelah dahlia sedar akan ekspresi keliru yang ada di wajah dahlia berkata .
" ada seorang budak lelaki datang tadi , dia lah yang bawa awak dekat sini " terang jururawat itu dengan dahlia .
dahlia hanya mengangguk sebelum menanyakan siapa lelaki tersebut .
" maafla tapi waktu kamu berdua datang , nametag pelajar lelaki tu tersorok sikit jadi saya tak sure siapa . yang saya tahu budak tu tinggi la juga " jururawat itu hanya tersenyum janggal apabila habis menerangkan kepada dahlia .
belum sempat dahlia mengangguk , jururawat itu bertanyakan satu lagi soalan terhadapnya .
" awak ingat tak macam mana tangan awak boleh berdarah ? dan macam mana awak boleh tidak sedarkan diri waktu tu ? saya perlu info untuk membuat report nanti "
" aa tangan saya berdarah sebab terkena bucu tajam lepastu saya pengsan sebab saya ada takut sikit dengan darah " tipu dahlia terhadap jururawat itu .
dahlia masih ingat konversasinya dengan fakhri hingga membuatkan dia secara tidak sengaja mengalami panic attack .
jururawat itu hanya mengangguk tanda faham sebelum beredar . belum sempat dia menghayunkan kakinya untuk melangkah pergi , dia memesan dahlia untuk berehat di dorm sendiri kerana sudah malam .