018

379 31 5
                                    

" DAHLIA NAK PERGI MANA ? "

" SELAMAT DATANG HONEYMOONERS "

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

" SELAMAT DATANG HONEYMOONERS "






















































setelah beberapa hari sejak dahlia keluar dengan tiga jejaka itu , dia telah terkurung di rumahnya . dengan rasa bosan , dahlia akhirnya membuat keputusan .

tetapi belum sempat dahlia ingin bangkit daripada katilnya , dahlia terdengar telefon miliknya berbunyi menandakan mesej baharu telah masuk .

kahar anak yamin

kahar anak yamin
jangan lupa , minggu ni
ada kem bulan madu .

you
iyer tahulah aku , aku tak lah bengap sangat

kahar anak yamin
selain ilmu pertahankan diri ,
ilmu sedar diri jauh lagi penting kasih .

you
nate mung

memusing matanya tanda menyampah dengan kahar , dahlia bangkit daripada katil sebelum mengambil bagasinya .

dahlia mula mencapai baju yang diperlukan satu per satu sehingga tidak mendengar panggilan nek cik yang dari tadi berbunyi di luar pintunya .

" dahlia "

" allahuakhbar ! "

memusingkan badannya , dahlia terkejut apabila mendengar suara nek cik yang memanggilnya . memegang dadanya , dahlia mencebik ke arah nek cik .

" nek cik ! terkejut dahlia tau , kalau dahlia ada penyakit jantung macam mana ? tak pasal pasal dah lepak dengan abang andi "

mendengar kata kata dahlia , nek cik memukul bahunya lalu memberikan dahlia pandangan tajam .

" bagus sangat la cakap macam tu . ni nek cik dari tadi panggil dahlia dekat luar tapi dahlia yang tak dengar "

" hm iyerlah "

nek cik hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai dahlia yang tidak pernah berubah sejak dari kecil . nek cik yang berada di bilik dahlia akhirnya perasan tindakan dahlia sedang mengemas begnya .

dengan raut wajah yang risau , nek cik duduk di hadapan dahlia .

" dahlia nak pergi mana ? "

puspa . phcTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang