Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" KAU AKAN SUPPORT AKU KAN NANTI ? "
knock knock
dahlia yang sedang kusyuk membuat homeworknya , terkejut apabila mendengar bunyi ketukan di pintu dorm miliknya .
dahlia berasa pelik . jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam tapi masih ada yang berkeliaran di sekitar dormnya . dahlia yang mengabaikan rasa takutnya , bangun untuk membuka pintu dormnya .
" zahrin ? kau buat apa dekat dorm aku ?? malam malam buta pulak tu " soal dahlia yang jelas menunjukkan kekeliruannya .
zahrin yang masih tercegat di depan pintu dorm dahlia hanya mengangkat keningnya .
" kan kahar dah cakap , meeting pukul 12 . tak kan kau dah lupa kot "
mata dahlia terbeliak sedikit apabila mendengar kata kata zahrin . ya memang dahlia dah lupa tentang meeting yang dikatakan oleh kahar kerana dia terlalu sibuk menyiapkan kerja sekolahnya .
" weyh sorry dho , aku sumpah terlupa . jap jap aku pergi ambik jaket aku " kata dahlia dengan cemas lalu kembali ke biliknya untuk mencapai jaket hitamnya .
zahrin hanya mampu menggelengkan kepalanya tanda pasrah dengan kecuaian dahlia . ' kalau kahar tahu ni , memang mampus kau lia tapi nasib baik kau cantik . '
" zahrin , kau kenapa tercegat depan pintu tu ?? cepatlah nanti kahar mengamuk lagi " kata dahlia sambil menarik lengan zahrin dengan kasar sekali gus menghentikan lamunan zahrin .
setelah tiba di dewan , kelihatan kelibat dahlia yang tercungap cungap seperti baru habis berlari marathon . dahlia menghelakan nafas lega apabila dia mendapati kahar masih belum ada di dewan .
dahlia dan zahrin telah berpisah di tengah tengah koridor apabila zahrin secara tiba tiba ingin pergi ke tandas .
ternyata kehadiran dahlia di dewan telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan para pelajar . mereka berasa hairan , kenapa ada perempuan dalam kudrat ? kenapa perempuan ni join meeting malam tu ?
tapi semua tanda tanya tersebut terhenti apabila mereka menangkap jelingan tajam daripada dahlia yang seakan akan mengetahui kotak fikiran mereka .
dahlia yang fed up dengan perangai lelaki melepaskan keluhan kasar sebelum mengambil tempat di antara amirr dan naim .
dahlia sempat menyiku sisi naim dan menyepak kaki amirr sebelum memasuki barisan . amirr dan naim hanya menahan aduhan mereka dengan menjeling dahlia yang hanya mempamerkan senyuman manis terhadap mereka berdua .