Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" WOI PEREMPUAN ! "
setibanya mereka berdua di hadapan dorm milik dahlia , zahrin sempat menyarungkan topi kesukaan miliknya dekat kepala dahlia .
dahlia yang berasa pelik dengan tindakan zahrin hanya mengangkat keningnya tanda soal . tiba tiba je mamat ni bagi topi , dah lah topi favourite dia pulak tu .
" saja je bagi dekat kau , nanti kita dua match match gitu kan ? " zahrin yang kini full on mode bergurau membuatkan dahlia tersenyum . belum sempat dahlia mengembalikan topi itu , tangannya telah diberhentikan oleh zahrin .
" ambik lah . aku ikhlas bagi dengan kau ni " mendengar kata kata zahrin itu membuatkan dahlia memusingkan matanya tetapi senyumannya masih jelas kelihatan .
" iyerlah rinrin , dah goodnight . cakap kat kahar , jangan tibai sangat si jangan miang tu . kang tak pasal pasal dah innalillah budak tu " kata dahlia sambil membetulkan topi di kepalanya supaya kelihatan lebih kemas .
" rinrin ? apa ni lia ! bagi lah nickname yang sweet sweet sikit . macam cinta ke , sayang ke " sempat zahrin mengadu , mengabaikan apa apa pasal kahar yang disebut oleh dahlia .
" amboi kau . kita berdua bukannya ada apa apa pun kan ? habis tu ? tak kuasa aku nak panggil kau sayang . dah bye " dahlia memusingkan matanya lalu menutup pintu tanpa mendengar apa apa balasan daripada zahrin . lalu menuju ke katilnya untuk tidur .
keesokkan harinya , dahlia pergi berehat di dm kerana kantin sekolah terlalu ramai pelajar . menjadi dahlia yang tidak mempunyai kesabaran tinggi terutamanya bab makan , dia dengan hati yang berat pergi ke dm .
semasa berada di dm , dahlia makan secara bersendirian kerana dia masih belum menemui naim dan amirr . kemungkinan mereka berdua sedang bertugas ataupun dipanggil cikgu .
high council yang melihat dahlia duduk bersendirian di salah satu meja dm segera berjalan menuju ke mejanya . dahlia yang mengelamun dari tadi mengenang kisah hidupnya tersentak sedikit apabila ada empat talam makanan yang diletakkan di atas meja .
merasakan sesuatu yang berat di bahu kanannya , dia memusingkan kepala ke arah kanan dan melihat zahrin dengan selamba merehatkan lengannya yang berat itu di bahunya .