Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" BOLEH KAN SAYANG ? "
dahlia masih sibuk bersiap apabila nek cik mengetuk pintunya dengan lembut .
" dahlia ? ada kawan kamu datang ni "
melihat jam tangan miliknya , jam telah menunjukkan pukul 815 pagi . dahlia telah mengambil masa 45 minit untuk bersiap . dia segera mencapai begnya lalu turun ke ruang tamu bersama nek cik .
" siapa yang datang tu dahlia ? boyfriend ke ? "
mendengar kata kata nek cik membuatkan bahang naik ke muka dahlia . dia hanya mendiamkan dirinya apabila dapat merasakan nada gurauan daripada nek cik .
setelah menuruni tangga , dahlia mendapati hakeem sedang berada di ruang tamunya sambil melihat sekeliling dengan kagum .
' besar juga rumah permata ni , siap ada chandelier sobat '
hakeem hanya tergamam apabila melihat rumah dahlia yang agak mewah itu . melihat reaksi hakeem membuatkan dahlia berasa pelik , bukankah hakeem juga orang berada sepertinya ?
" kau usya apa ? "
hakeem berasa terkejut apabila mendengar suara dahlia daripada belakangnya . segera hakeem memusingkan dirinya untuk melihat dahlia . wajah hakeem yang tadi putih kini semakin kemerahan apabila melihat dahlia .
dahlia telah mengenakan floral dress berwarna kuning dan turut memakai kardigan kuning yang sampai ke paras pinggangnya di atas dress itu . dahlia telah melepaskan rambutnya dan menggayakan dengan cekak rambut bermutiara serta kasut flat putih .
" keem ! "
" hah ye ye apa ? " tersentak hakeem apabila mendengar dahlia memanggilnya dengan riak wajah keliru .
" kau cakap apa tadi ? " soal hakeem semula apabila dia sedar dirinya tidak mendengar soalan yang ditanyakan oleh dahlia kerana dia terpesona melihat dahlia .
" aku tanya , kau usya apa ? "
" aku haa aku usya tu hah tu "
" tu apa ? "
" kau- maksud aku , rumah kau . ha ah aku usya rumah kau , besau nau rumah kau . siap dengan chandelier lagi dekat tengah tengah dunia ni "