Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" WOI BANGSAT ! "
matahari telah terbit , loceng pun dah berbunyi . semua pelajar telah bersiap untuk memulakan hari mereka . namun , kelihatan dahlia masih mengelamun di hadapan meja belajarnya .
adegan yang dilihatnya malam tadi masih segar di mindanya dan telah menyebabkan dirinya sukar untuk tidur . dahlia masih ingat peristiwa yang sama berlaku pada dirinya .
" ni semua salah kau lah sial ! kau kau tak pergi report kat pengetua , semua benda ni takkan jadi ! "
" korang buat apa ni sial ?! "
" kau jangan tinggalkan aku ju . aku merayu dekat kau "
" maafkan aku nana "
satu ketukan menghentikan lamunan dahlia . tanpa dia sedari , mukanya telah dibasahi air mata yang kini berjujuran keluar . belum sempat dahlia mahu mengelap air matanya , pintu itu telah pun terbuka dengan kasar .
mata bertentang mata . satu dengan sayu . satu dengan kerisauan . jelas daripada mata jejaka tersebut bahawa dia berasa risau kerana dia telah mengetuk pintu itu buat beberapa minit namun hanya kesunyian yang membalas dirinya .
" permata ! "
melihat air mata dahlia yang masih berguguran dengan deras , hakeem segera menghayunkan kakinya menuju ke arah kerusi yang diduduki dahlia .
wajah hakeem yang berkerut kerana risau akan keberadaan permatanya segera melutut di hadapan gadis itu . tangan hakeem laju menyentuh pipi dahlia untuk mengelap air mata yang berguguran .
niat hakeem pergi ke bilik dahlia adalah untuk mengajaknya breakfast bersama di dm . oleh itu , hakeem sanggup bangun awal supaya dia dapat mengelakkan diri daripada kahar dan zahrin .
" kau okay tak ni permata ? " suara yang dilontarkan oleh hakeem sangat lembut kerana dia tidak mahu dahlia berasa terkejut ataupun tertekan dengan bunyi bising .
dahlia yang dari tadi diam berasa terkedu melihat perbuatan hakeem . ini adalah kali pertama dia melihat hakeem sangat matang dan di matanya ianya sangat mempersonakan .
" permata ? "
lamunan dahlia terhenti apa mendengar suara hakeem yang menanyakan soalan sekali lagi . dahlia hanya menganggukkan kepalanya kerana dia tahu suaranya kini serak akibat menangis .