Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" JANGAN SAMPAI AKU TARIK BALIK LESEN KAU "
keesokkan harinya , naim masih mengelakkan diri daripada dahlia . semua orang boleh nampak kecuali lelaki tersebut .
kini naim sedang duduk di dm bersama dengan amirr . diri naim dapat merasakan dan mendengar ejekan yang bergema di dm .
keadaannya yang berada di meja pulau sangatlah tidak membantu dengan keadaan mentalnya yang semakin rapuh .
amirr yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri . enggan mengatakan apa apa demi menjaga hati kawannya .
kesunyian antara dua rakan yang sedang makan itu dipecahkan oleh satu pinggan yang diletakkan di atas meja mereka . mendongakkan kepala , mereka mendapati ayam sedang melabuhkan diri di hadapan mereka dengan wajah yang masam .
menoleh ke kiri dan ke kanan . amirr berdehem kecil sebelum melihat ke arah ayam .
" kau buat apa dekat sini yam ? kau tahu kan ni meja pulau"
" mulai hari ni , pergi mampus semua ni "
balasan ayam yang sarkastik hanya dibalas dengan kesunyian . belum sempat amirr membalas , naim terlebih dahulu bangun dan mengatur kotnya sebelum menghayunkan kakinya untuk beredar .
panggilan daripada ayam hanya dihiraukan . dalam kepala naim , masih segar dalam fikirannya gelak tawa sinis daripada pelajar kudrat .
dan masih segar dalam ingatannya , wajah risau dahlia sebelum dirinya melarikan diri meninggalkan gadis itu .
' ini kau kata anak jantan naim ? macam sial ' sempat naim mengkritik dirinya sebelum dia meninggalkan dewan makan itu .
sebaik sahaja naim keluar daripada dm , datang kelibat gadis yang sibuk mencari dirinya daripada tadi . gadis itu melilau sekeliling , berasa keliru dengan gelak yang ditujukan di meja amirr .