early warning !! this chap contain gore and sensitive scene/dialogue !! be advised !
setelah mereka melakukan aktivit ' taat atau terajang ' , mereka telah diarahkan untuk kembali ke khemah . katanya , aktiviti mereka sudah pun tamat .
walaupun dahlia berasa curiga dengan pandangan form 5 yang penuh makna , dia tetap menuruti kerana kepalanya sudah mulai pening .
dahlia mengesyaki kepeningannya ada kena mengena dengan air teh madu yang dibancuh tadi kerana sebelum aktiviti malam bermula , kahar telah berpesan kepadanya .
" kasih , jangan minum air teh tu banyak sangat . nanti sakit perut "
dahlia menjadi dahlia , terus meneguk air teh madu itu tanpa hala tuju . persis kata mutiara , larangan adalah suruhan tetapi penyesalan akan berkekalan .
sebaik sahaja dahlia membaringkan dirinya di dalam khemah , matanya terus tertutup lalu dibuai mimpi .
buaian mimpi dahlia ketika itu tidaklah seperti yang dibayangkan oleh dirinya . keadaan yang gelap gelita membuatkan peluh sejuk pada badannya .
menoleh ke belakang apabila merasakan ada tangan memeluk bahunya , dahlia memandang wajah yang amat dirinduinya .
" bonda ? "
wajah bonda kelihatan tenang dan suci . mata bonda yang dipenuhi dengan kasih sayang menatap puteri sulungnya . tangannya lembut memegang wajah dahlia .
" puteri bonda . maafkan bonda okay ? bonda minta maaf sebab tinggalkan ratna sorang sorang . mesti ratna penat kan ? "
dahlia mengangguk dengan persoalan bondanya . semakin lama semakin terikut langkah bonda . tetapi satu suara membuatkan dirinya berhenti .
" ratna ! jangan ratna ! itu bukan bonda ! "
" abang andi ? apa abang andi cakap ni . kan bonda tengah pegang tangan ratna.... "
kata dahlia termati apabila genggaman bonda yang tadinya lembut kini kasar . dahlia dapat merasakan dirinya seakan akan ditarik dengan kasar .
mendonggakkan kepalanya , dahlia mendapati wajah bonda menjadi bengis . seakan akan marah dengan abang andi yang menghalang tindakannya .
tetapi yang membuatkan dahlia hairan , abang andi seakan akan tersekat di suatu tempat . seakan akan dirinya diikat dengan sesuatu .
merasakan aura yang ganjil daripada bondanya , dahlia segera melepaskan genggaman bondanya dengan kasar . mata dahlia jelas menunjukkan ketakutan menjauhkan dirinya daripada bonda .