"Welcome home abang..."Suara gadis itu bergema menyambut kepulangan abangnya.
"Thank you semua....Aduiii...Macamlah orang merantau bertahun-tahun..."Lehernya digaru.
"Papa dah cakap...Mama kamu ni over excited betul....Anak tu pergi US je...Bukan Kutub Utara..."
"Papa ni tak sporting la..Biarlah, kitaorang sambut abang macam ni kan mama?"Ujar gadis itu. Adik bongsu Haider. Hanis Raisya.
"Papa kamu tu suka spoilkan suasana...Dah, meh masuk..Mama masak lauk favourite Haider tau...Jom-jom.."Lengan anak terunanya itu ditarik menuju ke dapur. Sempat mata Haider dan papanya berlaga. Pasrah!
"Macamana dekat sana?"Tanya papa.
"It was great opportunity papa.. Haider belajar macamana diaorang handle selok-belok bisnes diaorang. Teknologi yang diaorang apply dalam bisnes pun hebat...We need to implement it in our company as well.."
"Bagus....Tak sia-sia papa suruh kamu turut serta..Sekurangnya kamu balik bawa manfaat untuk syarikat kita..."
"Eh!Hello....Boleh tak jangan nak cakap pasal bisnes time makan? Papa, could you grip yourself from talking about that?"
"Haih! Mama kamu ni....Lain macam betul perangainya sejak dua menjak ni. Ada je salah papa dekat mata dia..."
"Haider nak dapat adik kut pa.."
"Watch your mouth Haider Raiz!"Tegur Puan Sri Ratna.
Namun hanya diketawakan sahaja oleh Haider, Hanis dan papa.
"Mungkinlah kut...Mood kelaut aje..."Tambah papa.
"Abang jangan nak jadi nasi tambah ye...Dah tua-tua ni nak mengandung apanya? Mengandungkan lemak adalah..."Nasi disuap kasar kemulut.Benci!
Haider yang nampak perubahan air muka mamanya lantas bangun dan berdiri di sebelah mamanya. Bahu wanita itu diusap.
"Mama janganlah marah.. You know I was joking, right?....Cukuplah ada si kecil ni...Tak sanggup dah, Haider nak ada adik baby dalam rumah ni...."Hanis dipandang sinis. Kalau tak kacau adiknya itu tak sah. Ni kira nak qada balik perangnya bersama Hanis yang membazir setahun itu.
"Yelah mama tahu...Nasib baik Haider pujuk mama balik....Kalau tak dengan Haider sekali mama bagi backflip.."Pipi anaknya itu diusap.
..........
"Weh...Kau tahu kita ada event esok malam?"Tanya Jiha kepada Kaseh. Monday blues...Baru kemarin mereka pulang dari kampung. Harini dah start runtin macam biasa. Bestnya duduk kampung sampai masa berlalu pun tak terasa..Hmmmm..
"Event apa? Maksu tak bagitahu apa-apa pun...."Matanya masih tekun menghadap komputer. Ada design yang perlu diperbaiki sebelum diberikan kepada client.
"Ibu pesan dekat aku suruh bagitahu kau.. Masa aku ikut ibu jumpa client tadi baru ibu ingat.."
"Event apa? Dekat mana? Ada dresscode ke?"Tanya Kaseh malas. Dia malas nak bersosial tau.. Bukan bidang dia nak beramah mesra dengan orang berpangkat ni.
"Dinner dekat Metropolitan Hotel...Event Tengku Halim, sempena nak letak jawatan.....Dresscode? Of course ada...Tema dia black and white.."
"Letak jawatan? Habis siapa teraju company dia tu kalau dia letak jawatan?"
"Ibu kata tadi, anak teruna dia....Tak tahu pula aku selama ni Tengku tu ada anak lelaki...."Keluarga Tan Sri Tengku Halim itu tak beberapa ter'expose sangat jadi banyak tak tahu tentang salasilah keluarga beliau.
"Jom kita pergi Kaseh...Mana tahu, jumpa pangeran raja yang lain dekat sana....Sebab kalau nak sambar anak tengku tu dah tak boleh...Dia dah ada tunang..Haih! Melepaslah kita..."
"Eeeee..Gatal! Aku report maksu..."Lengan wanita itu aku tampar.
"Gurau la gurau...Aku sayang nyawa lagi....Jomlah Kaseh..eh..eh..eh..."Tanganku digoncang Jiha.
"Tsk! Yelah-yelah, aku ikut....Dah pergi buat kerja kau. Jangan jadi langau kacau aku dekat sini...!"
"Nasib baiklah kau ni sepupu aku...Aku dah lali dengan ayat pedas kau tu...Lepas kerja nanti aku ikut kau balik tau..Kita pergi shopping baju..Okay darling, bye..."Sempat lagi Jiha kenyit mata kepada sepupu kesayangannya itu.
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
RomanceSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...