Setelah kes malam itu. Makngah dan Ayu sudah tidak datang menganggu lagi. Saman fitnah juga ditarik oleh Haider atas nasihat papa. Haider kenakan syarat, dia akan menarik saman itu sekiranya Ayu berjanji tidak akan mengacau mereka lagi. Jika sekali lagi mereka diganggu, laporan polis akan dibuat. Akhirnya Ayu setuju, dan telah ambil keputusan untuk berhijarah ke Milan.
Pada mulanya dihalang oleh makngah tentang kepergian Ayu namun, atas nasihat pakngah. Akhirnya makngah setuju. Makngah dan Ayu juga sudah memohon maaf kepada aku dan Haider. Selesai satu masalah.
Pagi tu aku bangun macam biasa, nak solat subuh. Tengah aku duk nak gosok gigi. Bilik air dirempuh oleh Haider. Terkejut aku dibuatnya.
"Love! Kenapa tak kejut abang? Kenapa masuk bilik air sorang-sorang?"Aku juling mata ke atas. Drama sangat la Haider ni sekarang. Aku pun tak tahu lah kenapa. Aku masuk bilik air, gosok gigi je pun!
"Saya gosok gigi je pun..."Ujarku sambil menggosok gigi.
Haider datang mendekat lalu berdiri di belakang ku. Rambut ku yang lepas bebas itu dia cekak ke atas.
"No..No....Abang kena selalu pantau love..."
Aku angkat bahu sahaja. Malas nak bertekak subuh-subuh ni. Aku tunduk untuk meludah dan berkumur.
"Dah..Saya dah siap gosok gigi..Boleh saya ambil wudhu?"
"Boleh..Boleh...Jom abang teman..."
Itulah rutin subuh aku sejak mengandung ni. Entahlah! Kadang rasa macam overprotective sangat si Haider ni...
"Love ada check-up kan harini?"Lepas solat subuh, Haider pusing memandangku yang duduk di atas kerusi. Sejak usia kandungan menginjak ke 6 bulan, aku dah terpaksa solat secara duduk. Sekarang dah 8 bulan lagi lah xboleh nak tunduk.
"Haah..Pukul 9..."Aku tilik jam dinding. Baru pukul 6.30 pagi.
"Okay takpe. Abang teman, lepastu abang hantar love dekat rumah mama ye? Abang masuk pejabat lepas teman love.."
"Eh! Takpayah la sampai macam tu. Saya okay je, abang masuk je pejabat macam biasa..."
"Takpelah love..Bagilah abang rasa journey tu sekali....Tak mampu rasa banyak, abang rasa sikit pun jadilah....Boleh kan?"
Aku sebenarnya taknak la dia rasa bersalah sebab tak teman aku chek-up. Seriously, aku okay je pergi check-up sendiri sebab aku tahu kerja dia macamana. Tapi kalau dah dia nak ikut juga pun aku tak menghalang.
"Okaylah...Ikut suka abang lah, saya okay je mana-mana..."
"Kalau macam tu....Kaseh rehat dulu, biar abang buat breakfast..."Baru je dia nak bangun dan berlalu, aku pegang tangannya.
"Abang...."
"Hurm?"Dia ambil tempat dengan duduk di birai katil berdekatan denganku.
"Abang tak rasa terpaksa ke buat semua ni?"
"Terpaksa? Maksud Kaseh?"
"Yelah....Siapkan breakfast, kemas rumah, jemur baju, lipat kain...Macam-macam lah... Bukan sebab rasa terpaksa kan?"
"Tak sayang...Abang buat semua tu sebab memang dah tanggungjawab abang...Kenapa pula abang nak rasa terpaksa buat semua kerja rumah?"
"Kalau macam tu...Terima kasih..."
"Sama-sama sayang....Dalam rumah tangga kena ada tolak ansur...Takboleh semuanya isteri kena buat..."
"Sweet la shuben saya ni....Eeee! Geram.."Aku tekup pipinya lalu aku pusing ke kiri dan ke kanan.
"Awal-awal lagi abang dah cakap dengan love....Orang yang dapat abang ni beruntung tau!"
"Okay dah pergi buat breakfast."Kaseh terus matikan pujian Haider itu. Pantang orang puji bertingkat-tingkat dia sambung.
"Kaseh nak sarapan apa?"
"Apa-apa jelah...Kaseh tak kisah..."
"Okay mem.....Tunggu sini, nanti abang datang."
Aku angguk. Sempat lagi dia tanggalkan telekung ku dan dia sidai di penyangkut. Aku hanya menggeleng dan reda sahaja.
..........
Apabila kandungan ku sudah berusia 9 bulan. Aku dan Haider tinggal di rumah mama. Mama yang minta kami duduk situ sehingga habis pantang. Kata mama senang nak pantau aku kalau Haider pergi kerja. Aku tak kisah pun nak duduk mana-mana, jadi aku ikut sahaja.
Tengah aku bersiap depan cermin. Waktu nak oles liptint aku rasa sakit di bahagian perut. Sebenranya dari subuh tadi lagi aku rasa sakit tapi tak teruk mana. Aku anggap itu hanya petanda biasa. Tapi kali ini sakitnya agak serius bagiku. Aku terus pegang perutku.
Aku dah mula cuak apabila perut aku semakin sakit. Macam biasa kalau lepas subuh, suaminya itu pasti akan workout, jadi aku cuba ambil nafas dan bertahan untuk melangkah ke arah bilik gym yang berada di tingkat bawah.
Seperti rumah Haider, rumah mama juga tersedia dengan lif. Aku masuk lif dan aku tekan ke tingkat bawah. Sampai sahaja di ruang bawah. Aku terserempak dengan mama.
"Ya Allah! Kenapa ni Kaseh?"Mama cuba memaut aku yang sedang tertunduk menahan sakit.
"Ma..Sakit..."
"Astaghfirullah...Air ketuban dah pecah ni...Siti!"Jerit mama.
"Ye puan sri.."Kak Siti datang terkoncoh-koncoh ke arah kami.
"Panggil Haider dekat bilik gym..Isteri dia nak bersalin dah ni.."
"Ba..Baik puan sri.."Macam lipas kudung Kak Siti berlari ke bilik gym.
"Kita duduk dulu..."Mama papah aku ke arah sofa. Aku dah tak selesa dengan rasa sakit serta rasa basah di bahagian bawah.
"Kaseh!"Haider terpa dari arah pintu belakang.
"Sini Haider!"Sahut mama dari ruang tamu.
"Apa dah jadi ma? Love?"
"Pergi ambil kereta cepat..Isteri kamu nak bersalin ni!"
"Hah? Ber..Bersalin? Nak call ambulance tak ma? Nak buat apa ni?"Bila dalam keadaan panik itu, otak auto jadi blank.
"Ambil la kereta tu cepat!"
"Ke..Kereta siapa?"
"Astaghfirullah! Haider!"
"Abang jangan nak main-main boleh tak? Abang ingat lawak ke? Ambil kereta tu bawa saya ke hospital cepat! Nak tengok anak bersalin dekat sini ke?"Aku dahlah kena tahan sakit, suami pula tang tu juga nak jadi blur nya...
"Kereta..Kereta..Abang ambil kereta..."Bedesup Haider berlari ke arah porch. Menggeletar tangannya saat memegang kunci tersebut.
"Astaghfirullah! Relax Haider relax...."Dia mengambil nafas dengan dalam. Pintu kereta dibuka lalu start enjin. Setelah itu dia bawa kereta ke hadapan pintu utama.
"Ma....Cepat Haider dah bawa kereta ni..."
"Kamu tu ke sinilah papah Kaseh ni sekali! Tercegat dekat situ kenapa?"Haider garu kepala. Aduh! Salah lagi! Haider lantas menghampiri isterinya lalu dipapah Kaseh sehingga masuk ke dalam kereta.
"Auchhh! Abang cepat bang! Kaseh dah rasa macam ada benda nak keluar.."
"Hah? Kejap! Kejap! Mama, macamana nak bawa kereta ni?"Dia yang berada di tempat pemandu sudah memegang stereng. Tiba-tiba ilmu bawa kenderaan hilang.
"Haider!"Mama dah jerit dari tempat duduk belakang.
"Okay..Okay...Astaghfirullah...Bismillah.."Dengan terketar-ketar Haider mulakan pemanduan. Apabila isterinya semakin tak terkawal, semakin kuat dia tekan minyak.
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
RomanceSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...