Malam itu, kami didatangi tetamu. Mama, papa, Hanis, makngah dan Ayu. Pada mulanya aku agak terkejut dengan kehadiran wanita itu tetapi mengenangkan itu sepupu Haider. Aku cuba halau rasa kurang senang itu.
"Banyak sangat kamu masak ni Kaseh. Mama rasa menyusahkan pula datang rumah kamu ni."
"Takda la mama. Kaseh cuti harini, ada lah masa untuk Kaseh masak. Tapi kalau tak kena dengan selera mama, Kaseh minta maaf..."
"Apa pula tak kena selera...Papa tengok je terus rasa lapar dah ni..."Ujar papa. Aku tersenyum membalas pujian papa.
"Jemputlah makan....Kaseh panggil Haider turun sekejap..."
"Kalau suami tu demam, takpayah la sibuk suruh turun...Sepatutnya kamu sebagai isteri kena la jaga, suap makan apa semua....Ada suruh orang sakit kehulu-kehilir..."Makngah tiba-tiba bersuara membuatkan aku terkaku.
"Kan mama...Kesian Abang Haider.."Sambung Ayu..
"Saya memang tak suka dilayan bak raja makngah...Lagipun saya demam je, bukan lumpuh satu badan.."Haider turun dari arah tangga.
"Abang Haider...."Ayu lantas mendapatkan sepupunya itu. Ingin menolong lelaki itu turun.
Haider sudah malas hendak menepis. Lagipun sekarang ahli keluarganya turut ada bersama. Dia membiarkan Ayu memegang lengannya yang berlapis itu.
Kaseh yang melihat perkara itu mula rasa kecewa. Bukan tadi suaminya bermatian mencanggah hubungan mereka? Ini kenapa dibiarkan sahaja perempuan itu memegang legannya?
"Terima kasih..But lain kali tak perlu nak buat macam ni....Abang boleh jalan sendiri..."Haider duduk di salah satu kerusi di meja makan itu.
Baru sahaja Kaseh nak ambil tempat di sebelah Haider, Ayu laju bertindak dan menyebabkan wanita itu yang duduk di sebelah Haider.
"Eh! Itu kan tempat Kak Kaseh...Kak Ayu duduk situ kenapa?"
"Takda tulis nama dia pun..Ikut suka akak la nak duduk mana..."
Hanis menjeling kakak sepupunya itu. Yang abang dia ni dah kenapa? Biar sahaja perempuan itu menggedik tak tentu pasal?
"Sini Kak Kaseh...Duduk dengan Hanis..."Hanis menepuk kerusi kosong disebelahnya. Tanpa banyak soal Kaeh pergi ke arah adik iparnya.
Suasana yang tegang itu membuatkan keadaan agak canggung.
"Marilah kita makan, sejuk nanti tak sedap pula..."Papa cuba merenggangkan suasana.
Sepanjang mereka makan malam. Mata Kaseh asyik merenung orang di depan. Tanpa segan silu Ayu melayan Haider bagai Haider pula suaminya. Selera makan aku sudah lama mati semenjak perempuan itu jejakan kaki ke dalam rumah ini.
"Kak Kaseh nak ayam?"Hanis menghulurkan lauk ayam masak merah itu sekaligus menyedarkan aku.
Aku menggeleng. Lagipun nasi aku hanya berbaki sedikit sahaja lagi.
"Cepatlah sihat Haider lepas ni, ada orang betul-betul prihatin..."Ujar makngah. Siapa lagi yang wanita tua itu katakan kalau bukan anak bongsunya.
"Ayu kan memang macam ni dengan abang dulu...Kan abang?"
"Ayu...Paksu nak nasihat sikit....Waktu dulu tak sama macam sekarang. Tak perlu layan Abang Haider kamu sampai macam ni...Dia dah kahwin dan dah ada isteri pun. Haider, ingat status kamu tu..."
Merundum terus muka Ayu yang ceria tadi apabila papa bersuara.
"Alah kamu ni Halim...Takpayah nak stict sangat, mereka ni dulu kan memang rapat..Biarlah sekali-sekala Ayu nak bermanja, dah 6 tahun dia tak jumpa Haider."
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
Storie d'amoreSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...