"Siap bawa luggage lagi. Berapa jauh Kaseh rancang nak lari dari abang?"Masuk sahaja ke dalam rumah dia sudah disindir Haider. Sepanjang perjalanan mereka pulang dari hospital tadi. Sepatah habuk pun mereka tidak berbual.
"Pergi naik. Sekejap lagi Makcik Esah datang."Dia menghantar aku ke arah pintu lif.
"Abang nak kemana?"Aku pegang lengannya.
"Kenapa? Bukan Kaseh tak kesah ke pasal abang? Yelah, kan Kaseh suka buat keputusan sendiri.."
"Abang Kaseh tak ber.."
"Dahlah, abang malas nak cakap tentang apa-apa sekarang. Abang penat! Pergi naik.."Peganganku dirungkai olehnya. Haider meneruskan langkah ke ruang depan.
Air mata ku mengalir. Terasa dengan sikap suaminya. Salah siapa Kaseh? Salah siapa yang buat Haider begitu? Takda sesiapa yang kau boleh salahkan, kecuali diri kau sendiri.
..............
3 minggu berlalu. Sikap Haider tetap sama, masih dingin dengannya. Aku pun dah ambil cuti tanpa gaji dengan maksu sampai aku bersalin. Maksu tolak candangan aku dan tetap menggajikan aku macam biasa walaupun aku bercuti. Mulia sungguh hati maksu.
Langit yang gelap itu aku pandang. Hitam dan gelapnya langit itu seakan hatiku sekarang. Gelap tanpa adanya cahaya. Perut yang masih kempis itu aku usap perlahan. Daddy marah mummy lagi sayang, apa yang mummy kena buat?
Dia teringat kembali pada malam kejadian. Selepas dia balik dari office Haider. Dia terus pulang ke rumah, dia terpaksa ambil EL haritu kerana tidak mampu mengawal rasa sedihnya.
Berduyun-duyun air mata jatuh menemani lara di hatinya. Kalau betul itu yang dia kena lakukan, dia sanggup buat apa sahaja supaya suaminya itu ada zuriat dan bahagia. Nampak gayanya dia kena undur diri. Wanita mandul sepertinya tak layak berdampingan dengan Haider.
Setelah rancangan makan malam bersama selesai, aku membawa Haider naik ke tingkat atas. Aku sedar aku bertingkah berbeza malam itu. Bak kata Haider, aku bukan diri aku saat itu. Tapi aku tetap jalankan misi aku sampai ke penamat. Berharap yang layanan yang aku beri ini adalah yang termanis buat Haider.
Aku menangis pada malam itu kerana aku tahu. Malam itu mungkin malam terakhir aku melayan Haider sebagai suami. Aku akan pergi jauh dari hidup lelaki itu, agar lelaki itu dapat menemukan kebahagiaan yang sebenar. Aku reda dia nak berkahwin lagi. Sebab itu aku tekad keluar dari rumah jam 2 pagi. Aku taktahu apa yang merasuki ku sehingga aku bertindak sebegitu berani.
Aku capai kunci kereta dan berlalu keluar dari kawasan rumah itu setelah yakin Haider betul-betul sudah lena. Tapi hanya sampai di sekerat jalan, aku mula rasa sakit di bahagian perut. Aku berhentikan kereta di tepi bus stop, berhampiran dengan jalan ke kawasan perumahan kami. Aku keluar dan terduduk di tepi bus stop tersebut. Sehingga aku pengsan, dan aku tak tahu apa yang jadi setelah itu.
Ucapan syukur aku ucapkan kerana Allah mengirimkan satu pasangan untuk menolongku. Mujurlah manusia tersebut takda niat jahat, kalau tak. Aku takboleh bayang apa yang bakal terjadi. Aku tahu pun, setelah nurse yang merawatku menceritakan kejadian tersebut. Sangat berisiko jalan yang aku ambil pada malam tersebut.
"Termenung apa? Tengah fikir cara nak lari lagi?"Tersentak aku dari lamunan apabila suara itu datang menegur. Aku toleh ke belakang, si dia sedang bersandar sambil memeluk tubuh di pintu balkoni.
"Abang nak apa-apa ke?"Kami kini tidur berasingan. Lelaki itu sendiri yang memisahkan tempat tidur kami. Aku tahu kenapa dia buat begitu, sudah tentu rasa amarahnya terhadap diriku.
"Kenapa? Abang takboleh nak datang jenguk isteri sendiri dah?"
"Bukan itu maksud Kaseh....Kaseh minta maaf kalau dah buat abang salah faham.."Satu sahaja yang buat aku kuat. Panggilannya masih tak berubah dan itu sudah memadai. Sekurang-kurangnya lelaki itu masih anggap aku isterinya.
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
RomanceSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...