1🐣

7.1K 172 0
                                    

"Sayang you nak makan apa-apa lagi tak? I boleh tolong ambilkan."Tanya jejaka tampan berlesung pipit itu.

"Boleh you ambilkan I air? Dahaga...."Balas wanita yang tinggi lampai itu.

Sepasang mata yang sedari dari tadi melihat tingkah pasangan itu hanya menayangkan wajah menyampah. Steak yang berada di dalam pinggan itu dipotong kasar.

Setelah kelibat lelaki tadi hilang dari meja makan, si dia memandang wanita itu yang mengambil tempat duduk dihadapannya.

"Ingat korang je ke bercinta? Orang lain pun bercinta juga tapi takda lah segedik korang..."

"Well, excuse me darling... Kalau rasa sakit mata dan hati, sila lah cari tempat lain ye..."

Ekeleh. Kalau bukan tempat aku dekat sini, dah lama aku blah la. Si Diana ni memandai letak nama aku dengan mak lampir ni dah kenapa? Rosak pemandangan aku.

"Apa kata kalau korang je blah... Nampak sangap sangat dah tu...."Huh! Ingat aku bertudung mulut aku ni pun bertudung ke? Hell no!

"Eh! Apa masalah kau ni? Yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni kenapa? Ada aku minta duit kau? Takda kan?"Balasnya.

Eh! Memanglah kau tak minta duit aku. Tapi kau rosakkan pandangan dan pendengaran aku. Geli tahu tak? Duk bersayang-sayang astu meraba-raba depan aku. Yucks!

"Kau ni bukan dah bertunang dengan Haider ke? Ni balak mana kau angkut ni?" Siapa tak tahu kisah percintaan Haider dan Julliane? Heboh satu universiti apabila jejaka malaya itu bercinta sakan dengan model pakaian ini?

"So? Aku atau kau yang bertunang? Sibuk je hal orang.."

"Tsk! Tsk! Kesian tunang kau kan? Dapat tunang yang second hand.. Dah berapa ramai jantan kau bagi pegang? Haider mesti tak tahu yang tunang dia ni level-level recycle?"

"Kau!"Julliane lantas berdiri.

"Kenapa? Salah ke apa yang aku cakap?"

"Kurang ajar!"

Splash!

Air putih yang berada di atas meja diambil lalu disimbah ke muka wanita itu.

"Kau melebih perempuan...."Dia juga turut berdiri lalu menggapai air oren yang masih lagi penuh lalu disimbah ke muka Julliane.

"What the hell..."Terus rasa melekit muka dan badannya kerana simbahan air oren tersebut.

"Kaseh! Julliane! Apa korang buat ni?"Suara Diana yang dari jauh itu menerpa ke arah mereka.

"You tanya kawan you yang mulut puaka ni? Habis baju mahal I! You tahu tak siapa yang sponsor baju ni? Tsk!" Julliane mengambil tisu lalu dilap bajunya yang basah itu.

"Siapa makan cili dia terasa pedas. Kalau kau tak buat ,kenapa kau nak endah dengan kata-kata aku?"

"See! Mulut takda adab! Mak ayah kau tak ajar eh?"Julliane tunduk lalu mengelap bajunya lagi.

"Mak ayah aku jangan nak buat main...Takda hak kau nak sebut-sebut nama diaorang...!"

"Apsal? Oppss! Lupa pula aku....Kau pun memang takda mak ayah kan? So memang takda siapa kan ajar kau adab...Huh! Dahlah, Diana. I nak balik. Ini kali terkahir aku datang majlis ni... Don't waste your time inviting me back.." Julliane ambil beg tangannya lalu berlalu dari dewan besar ini.

"Sabar Kaseh...Jangan diikutkan sangat amarah tu..."Belakang badan Kaseh diusap Diana.

"Macamana kau boleh letak nama aku semeja dengan mak lampir tu? Kau hilang akal ke?"

"Aku tak perasan Kaseh....Ni semua anak-anak buah aku yang settle...Aku minta maaf sebab tak double check..."

"Tsk! Dahlah...Aku nak balik..."Mujur sahaja event sudah sampai di penghujung. Hujung tak hujung la, masih ramai juga yang tengok babak drama mereka tadi.

Nasib baik dia pakai baju berwarna agak gelap, jadi tidak nampak kesan air dibajunya itu. Huh! Dasar mak lampir...

"Excuse me miss..."

Malaun mana yang minta penerajang ni? Mood aku tengah tak baik ni, dia datang menegur pulak... Kaseh mendongak ke arah datangnya suara itu.

Huh! Ni balak mak lampir tadi.. Apahal tegur aku?

"Apahal?"Ujarku.

"Nampak tak girlfriend I tadi?"Ekeleh mamat ni.. Ada nampak muka aku ni tulis 'Kaunter Aduan Awek Hilang' ke?

"Kau tengok muka aku?"Kaseh menghalakan jari telunjuk ke wajahnya.

Lelaki itu mengikut arahan Kaseh dengan merenung wajahnya.

"Ada nampak muka aku ni tempat aduan ke? Makwe kau kan? Cari la sendiri..."Baru sahaja dia nak berlalu, dia pandang wajah lelaki itu.

"Ohh, but the way... Do you know your girlfriend really well?"

Lelaki itu angguk kepala.

Sah!

Sah! Mamat ni dah kena gula-gula dengan mak lampir tu..

"My advice is to look over her personal life.....Bukan apa, takut you dapat barang recycle...Or maybe reduce takpun reuse.....Either one....Kbye..."Terlopong lelaki itu dengan kata-kata ku. Pandai-pandailah kau google translate ke apa nanti... Jangan cakap akak tak payung..

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now