4 tahun berlalu....
"Assalamualaikum....Love?"Haider masuk ke dalam rumah dan terus melaung memanggil Kaseh. Memang perkara wajib dia buat saat pergi dan balik dari kerja. Dia kena nampak wajah Kaseh dulu.
"Saya dekat dapur bang..."Sahut Kaseh.
Haider tersenyum lalu meletakkan beg serta kot bajunya di atas meja makan. Sempat dia lihat anak terunanya yang berusia 5 tahun itu duduk di atas sofa. Hajatnya, lepas menegur Kaseh baru dia menegur anak terunya itu...Haider mula melangkah ke arah dapur.
"Love?"Kaseh yang baru siap mengeluarkan cupcake dari oven menoleh ke arah Haider.
"Abang..."Kaseh meletakkan tray cupcake lalu menghampiri suaminya. Tangan kekar itu disalam.
Haider membalas dengan mengucup dahi dan bibir isterinya.
"Abang.."
"Hurm?"
Kaseh tarik tangan suaminya, lalu disuruh suaminya duduk di kerusi yang terdapat di meja pulau itu.
"Kenapa ni?"Tangan isterinya itu dipegang dan diusap.
"Abang nampak Fattah dekat depan tadi?"
Haider angguk.
Kaseh mula menggaru kening.
"Hey..Kenapa nampak macam gelisah je ni?"
"Macam ni...Tadi saya tengah susukan Fatyia, Fattah ajak saya main...Saya terpaksa tolak la...Lepastu dia merajuk....Dia cakap saya tak sayang dia dah...."Kaseh memuncung. Mana ada ibu tak sayang anak.
"Ouh...Kes merajuk la ni?"
Kaseh angguk kepala. Mereka baru dikurniakan anak perempuan. Baru usia empat bulan lebih. Tengku Khayra Fatyia nama diberi.
"Jadi Kaseh nak suruh abang buat apa?"Kening Haider ternaik.
"Abang tolonglah saya pujuk Fattah...Abang dengan Fattah kan BFF.....Bolehlah ye?"
"Erm..."Haider meletakkan jari didagu, menimbang tara permintaan isterinya..
"Abangggg..."Kaseh bersungut apabila suaminya itu seakan mahu tarik tali.
"Okay..Okay....Abang akan pujuk Fattah, asalkan abang juga dapat habuannya..."
"Abang ni! Takkan la suruh pujuk anak sendiri pun kena ada habuan...!"
"Eh! Siapa yang buat dia merajuk? Abang ke love? Susah tau nak pujuk anak lelaki....Tak kena gaya, dia mogok taknak makan pula..."
"Kaseh bukan sengaja la....Hish! Yelah-yelah...Abang nak apa?"
Haider senyum sungging lalu jari telunjuk ditunjuk ke arah bibirnya..
"1 minit.."
Mata Kaseh terbeliak. Suami siapa ni? Gatal betholl!
"Taknak takpe, abang nak naik atas mandi..."Haider berura-ura nak pergi.
"Okay..Okay...."Kaseh menahan suaminya dari berdiri.
"Janji 1 minit je?"
Haider angguk.
Kaseh ambil Iphone suaminya di dalam poket seluar lalu timer dibuka. 1 minit diset.
"Kedekut la sayang ni..Lebih pun apa salahnya..."
"Nope! Abang minta seminit kan..."Kaseh meletakkan Iphone di atas meja pulau. Lalu dia mendekati suaminya yang sedang duduk itu.
Apabila wajah mereka mula mendekat, Kaseh pejam mata. Haider memegang sisi pinggang isterinya.
Chuppp!
Bip!Bip!
Kaseh buka mata apabila mendengar bunyi alarm. Baru sahaja dia nak menolak bahu Haider, Haider pantas menarik pinggang sterinya.
Kaseh meronta dan dengan kuat, dia menolak bahu Haider. Tautan mereka terlepas.
"Abang ni!"Aku pukul dadanya. Suka buat benda sebaliknya. Benci!
"Okay! Abang nak pergi pujuk Fattah and love...Thank you for your lips service....Nanti abang datang minta service lagi okay?"Kepalaku diusap sebelum lelaki itu melangkah keluar dari ruangan dapur ni.
Aku memuncung dan memeluk tubuh. Nasib baiklah suami! Kaseh pusing untuk menghidangkan cupcake kesukaan Fattah.
......
"Hey! Anak daddy..."Haider datang dan duduk di sebelah Fattah. Amboi! Fokus sangat tengok tv tu..
"Mummy kata, Fattah merajuk ye?"
Fattah hanya angguk namun wajah Haider langsung tak dipandang.
Haider tersenyum. Acap kali dia menjadi tukang pujuk Fattah. Jadi dia dah tahu pattern anaknya itu bila merajuk.
"Kenapa Fattah merajuk? Cuba bagitahu daddy.."
Fattah toleh ke arah Haider lalu mengeluh. Remote control tv diambil lalu ditutup. Fattah pusing menghadap daddynya.
"Fattah ajak mummy main..Tapi mummy taknak...Asyik dengan adik je.....Mummy dah tak sayang Fattah!"Mulut dimuncungkan.
Hish! Mulut tu sama macam mummy awak Fattah..Dia angkat putera sulongnya itu untuk duduk di atas ribanya.
"Bukan macam tu la sayang....Mummy bukan taknak main dengan Fattah, tapi mummy kena susukan adik dulu....Adik kan baby lagi, jadi mummy kena tengok selalu..."
"Tapi mummy tak sayang Fattah kan daddy?"
Kaseh yang menilik di sebalik dinding itu menggeleng. Mummy sayang awak la Fattah..
Haider senyum dan kepala anaknya itu diusap.
"Mummy dengan daddy sayang sangat dekat Fattah....You are our first child...And we love you so much...Adik pun sayang Fattah....Semua sayang Fattah....Cuma sekarang adik baby lagi, mummy kena bagi perhatian dekat adik lebih sikit...Bila adik dah besar....Kita boleh main sama-sama...."
"Betul ke daddy?"
"Iye! Betul sayang...Takkanlah mummy tak sayang Fattah..Tengok ni! Mummy buat cupcake kesukaan Fattah tau! Fattah suka tak?"Kaseh muncul bersama satu pinggan cupcake di tangan.
"Wow!"Bersinar mata Fattah. Lantas dia turun dari riba Haider dan menghampiri Kaseh.
"Semua ni Fattah punya?"
Kaseh angguk dan gosok kepala Fattah.
"Fattah punya sayang....Maaf kalau mummy tak dapat main dengan Fattah selalu...."
"Takpelah, Fattah faham...Daddy kata, mummy kena tengok adik selalu sebab adik baby lagi...Kecik!"Siap cantumkan ibu jari dengan jari telunjuk lagi.
Kaseh terharu dengan kepetahan Fattah. Fattah memang bijak budaknya.
Kaseh letak pinggan cupcake atas meja lalu dia memeluk anaknya.
"I'm so proud of you sayang...Fattah memang anak mummy yang bijak dan soleh..."
"Thank you mummy..."Balas Fattah.
"Awwww..Can I get my hug too?"Haider menyampuk.
"Sure...Come here daddy..."Fattah lepaskan pelukan lalu menggamit daddynya ke arah mereka.
Mereka bertiga berpelukan.
"I love you all...."Dahi Kaseh dan Fattah dikucup.
"We love you too daddy..."Kaseh dan Fattah jawab serentak...
"Boleh Fattah makan cupcake?"Haider dan Kaseh berpandangan sebelum mereka tergelak. Lama pula family hug. Kesian Fattah eksited nak makan cupcake dia.
"Sure...Jom duduk..."Balas Kaseh..
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
RomanceSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...