"Abang la...Ada pula buat macam tu..."
"Abang tak perasan love...Tengok-tengok dia dah terjatuh dalam longkang..."Tawa mereka bergabung. Dalam pukul 6 mereka sampai ke rumah mama. Takpelah awal sedikit, boleh dia tolong apa yang patut.
"Amboi! Bahagia nya pasangan ni..."Terus mereka berdua terdiam apabila ada yang menegur.
"Eh! Makngah...Makngah sihat?"Kaseh merapat untuk menyalami tangan wanita itu namun tidak disambut.
"Orang masuk rumah bagi salam..Bukan gelak macam tak ingat dunia macam tadi..."Makngah berlalu selepas memberikan sindiran pedas.
Haider yang tengok kelakuan makngahnya hanya menahan geram. Tangan isterinya itu dipegang.
"Sokay...Jom masuk.."Haider menarik tangan isterinya itu. Haih! Baru je mood isterinya nak baik dah ada yang datang merosakkan.
Mereka berdua menuju ke arah dapur. Yakin yang mama masih di dapur sebab bunyi kuali bergabung dengan sudip agak kuat.
"Assalamualaikum mama..."Ucap Haider. Puan Sri Ratna yang membelakangi mereka itu segera menoleh.
"Eh! Anak menantu mama dah sampai?"Mama mendekati, lalu kami bergilir bersalaman dengan mama.
"Mama masak apa? Meh Kaseh tolong.."Tak sedap pula kalau dia datang dan makan sahaja walaupun memang mama pesan untuk datang makan sahaja.
"Ish! Tak usahlah, mama dah siap dah....Tinggal nak letak dalam mangkuk je.....Takpe, nanti Siti buatkan.....Cucu nekma sihat?"Mama mengusap perutku yang sudah nampak membukit itu.
"Sihat nekma..Alhamdulillah..."Ujarku.
"Alhamdulillah....Pegilah naik rehat, Siti dah kemaskan bilik kamu tadi."
"Ma..Makngah datang sorang ke?"Tanya Haider.
"Taklah..Dengan pakngah, tapi pakngah dengan papa keluar tadi..Kenapa?"
"Takda apa..."Haider menggeleng lalu memegang tangan isterinya.
"Kami naik dulu ye ma..Nak mandi, seharian tengok binatang.. Bau pun dah masyam.."Kata Haider.
"Haa..Yelah..Nanti lepas maghrib kita makan sama-sama.."Kami berdua mengangguk sebelum ambil langkah menuju ke bilik tidur.
.......
Baru sahaja Haider mengunci pintu bilik. Kaseh memanggilnya.
"Abangg.."Haider memusatkan pandangannya ke arah Kaseh yang sedang berdiri di hadapan cermin.
Haider senyum lalu mendekati isterinya. Pinggang isterinya dipeluk dari belakang.
"Kenapa ni, hurm?"Tepi kepala isterinya dikucup sekilas. Pandangan mata mereka kemudian berlaga di dalam cermin.
"Makngah tu tak suka Kaseh ke?"
"No lah love...Biasalah, orang berumur memang macam tu...Cepat emo!"
"Kaseh taktahulah apa yang Kaseh dah buat dekat makngah sampai dia tak suka Kaseh...Sedih tau!"
"Biar jelah makngah tu love...Dia takda kena-mengena dengan kebahagiaan kita..So, takpayah fikir sangat.."
Aku mengeluh. Dia taknak la macam tu. Kalau boleh dia nak semua dapat terima dia dalam keluarga ni. Rasa tak best tau kalau ada yang tak alu-alukan kehadiran kita disini...
"Love.."Haider memusingkan aku agar berdepan dengannya.
"Jangan fikir sangat okay? Lama-lama makngah tu okaylah...."
Aku angguk. Cuba positifkan diri. Tubuh tegap itu aku peluk.
"Abang.."Meleret dia memanggil suaminya..
"Ye?"
"Kaseh tak larat nak pergi bilik air....Abang dukung boleh?"
Terjerit Kaseh apabila suaminya itu mencempung tubuhnya tanpa amaran. Terus dia memeluk erat leher suaminya itu.
"Boleh sayang...Jangan kata dukung ke bilik air...Mandikan pun abang boleh buat..Jom!"
"Gatal!"Aku pukul dadanya.
"Gatal untuk dapat pahala tak salah kan?"
Aku juling mata ke atas. Ada sahaja jawapannya mampu mematahkan hujahku!
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
RomanceSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...