21🐣

3.2K 116 0
                                    

Haider tak ambil masa yang lama untuk ke kedai, memandangkan kedai terletak berhampiran . Dia membeli 2 cup maggie, 2 plastik roti coklat dan 2 botol mineral.

Saat masuk ke dalam bilik. Baru sahaja letak plastik yang mengandungi snack itu, dia dengar orang mengaduh dari arah bilik air.

"Kaseh?"Berlari dia menuju ke arah bilik air tersebut.

"Are you okay Kaseh? Open the door..."Haider mengetuk pintu bilik air yang terkunci itu.

"Haider?"Tanya Kaseh. Kakinya terasa sakit. Mungkin terseliuh.

"Yes its me....Open the door...What happened?"

Kaseh mengesot ke arah pintu, lalu tombol yang berkunci itu dia buka.

"Haider..."

Haider segera buka besar pintu itu. Kelihatan isterinya duduk di atas lantai sambil memegang kaki.

"Are you okay? Boleh bangun?"

Kaseh geleng. Tadi dia dah cuba berpaut dekat bath tub untuk bangun. Tapi rasa sakit di kaki buatkan dia gagal untuk berdiri.

Haider lantas mencempung tubuh isterinya lalu dibawa ke arah katil. Dia dudukan Kaseh di birai katil lalu dia berlutut di lantai.

"Sini saya tengok..."Kaki isterinya itu perlahan-lahan dipegang.

"Auchhh!"Apabila tempat sakit dipicit Haider, terus menjerit dirinya.

"Awak terseliuh ni....Sekejap, saya dapatkan ais..."Haider call receptionist untuk dapatkan ais dan kotak emergency.

Setelah beberapa minit. Apa yang dipinta Haider telah sampai.

"Encik okay? Nak kami call ambulance?"Tanya staf itu.

"No...Takpe, kalau teruk sangat nanti. Saya bawa isteri saya sendiri ke hospital..Terima kasih ye.."Ucap Haider.

......

"Rendam kaki dalam ni..."Baldi yang berisi ais itu Haider letak dekat dengan katil.

Perlahan-lahan Kaseh rendam kakinya di dalam ais itu. Sejuknya boleh sampai ke otak..

"Awak..Sejuk..."

"Tahan sikit, okay?....."Setelah itu, Haider sapu minyak panas dan urut kaki isterinya. Bandage di ambil lalu dia membalut kaki tersebut.

"Thanks..."Ucap Kaseh...

"No problem..."Haider usap rambut isterinya. Mujurlah tak teruk mana.

"Rehat lah...I want to change my shirts.."Jaket kulit ditanggal lalu disangkut di dalam almari. T-shirt berkolar itu Haider tanggal dari badannya.

Hish! Tak boleh ke dia buka baju dalam bilik air? Perlu ke tayang body dia depan aku? Baru sahaja Haider nak buka tali pinggang seluar terus Kaseh jerit..

"Haider!"

"What?"Dia hampiri isterinya itu. Kutlah sakit dekat tempat lain sampai jerit kuat macam tu.

"Hey..Hey..Stop!"Kaseh tarik selimut menutupi tubuhnya. Haider yang berdiri di tepi katil itu terus berhenti dari naik ke atas katil.

"Kenapa ni? Awak sakit dekat tempat lain ke?"

"Ta...Tak....Bukan sakit....Tapi...."

"Tapi?"

"Could you do your clothing change in the toilet?"

"Huh?"Dia pandang Kaseh dan tubuhnya sebelum terbit senyuman di bibir lelaki itu.

"Ouhh...Faham....So what? I'm your husband Kaseh.....This is just a normal view between us..."

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now