28🦛

3.1K 105 1
                                    

Tiada apa yang berubah terhadap layanan Kaseh kepada Haider. Masih lagi sama kecuali kini mereka tidur berasingan. Pada malam pertama tidur tanpa suaminya, jujur dia tak boleh tidur. Pusing kiri tak kena, pusing ke kanan pun tak kena. Akhirnya dia berjaga sehingga subuh.

Begitu juga dengan Haider. Dah nak masuk setahun tidur bersama, tiba-tiba kena tidur asing. Mahu dia boleh nyenyak? Kalau ikutkan ego dia, memang dia dah terjah bilik tidur di ruangan atas tu dan tidur dengan isterinya. Tapi disebabkan janjinya, terpaksa la dia korbankan egonya. Iye! Dia biarkan Kaseh tidur di bilik atas manakala dia tidur di bilik tetamu di tingkat bawah ini.

"Haider.."Pagi itu di meja makan. Kaseh memanggil Haider kerana hendak bincang sesuatu.

"Hurm?"

"Saya nak minta izin ke Melaka esok..."

Terhenti kunyahan Haider, lantas dia pandang isterinya itu.

"Ada apa?"

"Seminar..."

"Berapa hari?"

"2 hari..."

"Jiha ikut?"

Aku angguk. Maksu memang wajibkan Jiha turut serta semua seminar yang company mereka sertai. Jadi memang setiap kali seminar, aku pasti dengan Jiha.

"Hhhmm.."Itu sahaja balasan Haider.

Aku pun takda apa nak protes. Kami masih lagi dalam mood nak berbaik.

.......

"Ergh! Penatnya!"Jiha terus jatuhkan badan ke atas tilam sebaik sahaja masuk ke dalam bilik hotel. Kami baru sahaja selesai seminar untuk hari pertama. Bukan main panjang lagi seminar hari ni.

"Macam la kau kena buat benda lasak, penat dia melampau betul.."

"Woii..Kau ingat duduk sahaja berjam-jam tak penat ke?"Jawab Jiha. Mujurlah esok satu slot sahaja, belah petang mereka free.

"Nak makan mana malam ni? Hotel atau luar?"Tanya Kaseh sambil melurutkan shawl yang dipakai.

"Kawasan hotel je lah Kaseh.....Takpayah bazir minyak kereta nak makan jauh-jauh..."

"Eleh...Kata jelah kau ni kedekut kan? Banyak mana sangat la habis minyak tu...."Aku ke sini dengan kereta Jiha.

"Bukan kedekut, tapi berjimat...Kau apa tahu?"Balas Jiha dengan mata terpejam.

Kaseh angkat bahu. Malas bertekak dengan sepupunya itu.

"Aku nak mandi dulu tau Jiha..."

"Okay...Dah siap mandi nanti kau kejut aku ye..Aku nak lelap jap.."

"Yelah..."

........

"Boek betul la asam pedas ni, kan Kaseh?"Ujar Jiha.

Kaseh hanya senyum kecil. Bukan apa, dia tiba-tiba teringat Haider dekat rumah. Apa yang lelaki itu makan malam ni? Dia disini makan sedap-sedap, suaminya entah makan atau tidak.. Nak telefon rasa janggal. Hurmmm..

"Kau kenapa ni? Tak sihat ke?"

"Taklah...Okay je....Penat sikit kut..."Aku lantas teruskan suapan nasi walaupun sebetulnya aku sudah hilang selera makan.

"Aku ni dah kenal kau dari kecil tau Kaseh.....Aku tahu muka kau penat, sedih dan gembira macam mana? Apa pula masalah kau kali ni? Bergaduh dengan Haider lagi?"

Kaseh membuang keluhan. Dengan sepupunya itu, susah untuk dia sembunyikan perasaan. Mesti dapat hidu.

"Entahlah Jiha....Aku pun tak tahulah.....Ini masalah dia ke, atau masalah diri aku sendiri..."

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now