Tutup sahaja pintu, Haider lantas memeluk Kaseh. Terkejut Kaseh dengan tindakan suaminya itu. Namun tidak dia menghalang, dia tahu suaminya itu perlukan dirinya. Kaseh lantas membalas pelukan dan belakang badan suaminya ditepuk perlahan.
"Kenapa orang tak boleh tengok kita bahagia? Abang tak fahamlah love.."Sayu sekali suara itu.
"Ujian kita bang....Dekat sini lah Allah nak uji kesabaran kita...."
"Tapi love percayakan abang kan?"Haider melepaskan pelukan lalu wajah isterinya dicari.
"Tentulah Kaseh percayakan abang..."Aku senyum.
"Thanks.."Sekali lagi Haider memeluk isterinya erat.
"Kaseh.."
"Hurm?"Haider melepaskan pelukan lalu menarik isterinya ke katil. Dia menyuruh isterinya itu bersandar di kepala katil kemudian dia ambil tempat dengan baring di paha isterinya.
"Boleh Kaseh usap kepala abang?"Haider letak tangan isterinya di kepala sambil dia memejamkan mata.
Kaseh tertawa perlahan dengan kemanjaan si suami. Tanpa bantah, Kaseh mengusap rambut suaminya dengan perlahan. Nampak kerutan di dahi suaminya itu. Kaseh tunduk sedikit lalu menghadiahkan kucupan di dahi suaminya sebelum dia urut perlahan dahi itu.
"Abang banyak berfikir ni..."Ujar Kaseh sambil mengurut dahi suaminya.
"Nak satu dekat sini juga..."Haider menunjukkan bibirnya kepada Kaseh..
"Kenapa pula?"
"Sebab abang banyak berdebat tadi...."
"Cukup ke satu je?"
Terbuka mata yang sedang terpejam itu. Tak jadi dia nak terus baring, lantas dia bangun dan duduk berdepan dengan isterinya.
"Kaseh tanya apa tadi?"
"Tanya apa? Takda apa-apa.."Kaseh cuba mengelak.
"Yeke?"Haider mendekat. Wajah isterinya itu ditekup.
"Kaseh tahu kan yang abang addicted dengan Kaseh? Kaseh ingat dengan serah diri macam tu, akan buat Kaseh selamat?"
Kaseh geleng. Dia tahu dia takkan selamat..Tapi biarlah malam ini dia menghiburkan hati suaminya. Kejadian tadi pasti sudah mengusutkan suaminya. Jadi dia sebagai isteri kenalah jadi penghibur.
Haider usap bibir isterinya sambil mata tunak memandang mata Kaseh. Apabila hidung mereka sudah bertemu, Haider mengucapkan sesuatu kepada Kaseh.
"Terima Kasih sebab percayakan abang. I love you so much love..."
"I love you 3000.."Ucapku sambil ketawa.
"Nakal!"Ujar Haider. Belum sempat bibir itu ditindih Haider, Kaseh memalingkan wajah.
Haider termanggu lalu menjarakkan dirinya.
"Kenapa?"Tanya Haider.
Kaseh tidak menjawab sebaliknya dia menolak Haider sehingga jatuh terlentang di atas tilam. Kaseh kini berada di atas tubuh Haider dengan kedua belah tangan sedang berada di antara kepala Haider.
"Nakal?"Suara aku lunakan sambil tangan kiriku bermain di dada Haider yang berlapik kemeja itu.
Haider sudah telan air liur. Dia tak suka apabila isterinya bertukar mood daring begini sebab dia jadi kaku. Gemuruh sehingga jantung nak lompat keluar.
"Kaseh...Abang..."
"Kenapa sampai berpeluh ni? Kaseh takutkan abang?"Senyuman mengusik meniti di bibirku. Nak ketawa apabila melihat suamiku begitu. Selalu buli aku kan?
Aku tundukkan wajah lalu aku dekatkan ke telinga Haider.
"Isn't this the naughty one you mean?"Aku tiup sedikit telinga itu sehingga meliuk-lintuk badan Haider kerana kegeliaan. Aku turun ke bawah sedikit, kemudian lehernya pula aku tiup. Dapat aku dengar degupan jantungnya yang berpalu itu.
"Enough!"Terkejut aku apabila Haider mengubah posisi. Sekarang aku pula di bawahnya.
"Why are you torturing me?"Galak mata Haider memandangku.
Aku senyum lalu aku paut lehernya dengan kedua tanganku. Aku tarik kuat lehernya sehingga wajah kami rapat. Hidung mula bertemu.
"Kaseh! Jangan buat macam ni....Jantung abang nak terkeluar."Ungkap Haider perlahan. Jantungnya sudah menggila sekarang.
Aku gelak tetapi versi nakal punya...
"I'm all yours, husband.."Baru sahaja Haider nak memaut bibirku...
"Aucchh!"Aku terjerit kecil lalu mematikan segala tindakan Haider, dia memandangku dengan cemas.
"Why love? Did I too rough?"
Aku geleng. Bukan kerana itu aku mengaduh. Aku pandang ke arah perutku..
"Baby is kicking...Kaseh terkejut.."
"Serious?"Bersinar mata Haider.
"Can I touch it?"
Aku angguk lalu aku tarik tangannya dan aku letak di bahagian yang sedang ditendang itu.
"Wow...You are so strong baby.....Hi! Its me, your daddy....Bila nak keluar?"
"Hish!"Aku tepuk belakang badannya. Ada cakap macam tu! Baru 6 bulan nak disuruh keluar.
"Mummy pukul daddy la baby....Nanti bila keluar, geng dengan daddy ye? Kita buli mummy..."
Dia pandang aku dan aku jeling dia. Belum apa-apa dah buat team buli.
Haider toleh semula ke perut ku lalu satu kucupan singgah disitu.
"Okaylah...Daddy tak kacau mummy...Night!"Haider ambil tempat di sebelahku lalu diriku dipeluk erat olehnya.
"Kita tidur ye love.."Ujar Haider.
"Tidur? Taknak sambung?"
"Kaseh...."Namaku diseru dengan nada amaran. Hahahaha. Sengaja nak mengusik.
"Yelah..Yelah...."Aku benamkan wajah di celah ketiaknya. Menghirup wangian tubuh suamiku.
"Abang!"Terus aku teringat sesuatu. Automatik aku terbangun dan terduduk.
"Kenapa love?"
"Kita tak solat isyak lagi...Mana boleh tidur!"Kelam-kabut aku nak turun dari katil. Allahu!
"Ya Allah! Haahlah...Jom abang tolong love ambil wudhu..."Cari pasal betul. Nasib baik aku cepat teringat.
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
RomanceSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...