"Kak Kaseh suka kucing?"Hanis yang merapati ku saat aku sedang teman mama di kebun bunga.
"Suka...Eh? Mana Hanis dapat kucing ni...?"Kucing dari keturunan munchkin itu dielus Kaseh. Comelnya!
"Hehehehe....Hanis baru ambil dari tempat jagaan tadi. Dah seminggu tinggal sana....Sebab abang nak balik rumah mama tu terpaksa letak sana, sebab abang tak suka kucing..."
"Abang Haider tak suka kucing?"
Hanis geleng. Abangnya itu anti makhluk bulu itu. Entah apa yang dibencinya. Kau comel kan Oyot. Hanis cium geram kucing tersebut.
"Boleh akak pegang?"
"Boleh..Boleh..Nah..Nama dia Oyot.."
"Oyot? Comelnya....Hai Oyot...Saya Kaseh...."
"Meow..."
"Oyot suka Kak Kaseh la..."
"Yeke?"
"Meow..."
"Kaseh!"Terkejut mereka berdua apabila dijerkah dengan kuat.
"Put that thing down....!"Haider jerit dari arah balkoni atas. Terkejut dia saat melihat sang isteri sedang bermain dnegan makhluk berbulu itu.
"Ala biarlah..Kak Kaseh suka kucing..Bukan macam abang...Huh!"Balas Hanis.
"I said put it down!"
"Kenapa awak ni...? Kan jauh ni...Bukan dia boleh terbang pergi dekat atas tu pun..."
"Meow.."
"Kan Oyot?"Ujar Kaseh..
"Meow.."Oyot seakan memberi respons terhadap setiap soalan yang ditanya.
"Saya suami awak ke, makhluk tu suami awak?"
"Apa yang jerit-jerit ni Haider?"
"Entah abang ni mama..Buang tebiat agaknya duk jerit-jerit dari atas tu. Berangan tarzan la tu.."
"Woi! Budak kau diam eh! Dendam aku semalam tak lunas lagi....Mama suruh menantu mama tu letak benda tu kebawah..!"
"Biarlah Kaseh nak main dengan Oyot...Kamu tak suka itu kamu punya pasal! Jangan hasut orang lain sekali.."Balas mama lalu meninggalkan mereka bertiga.
"Wekkk!"Ejek Hanis.
"Kau budak!"
"Apa? Apa? Berani turun la..."Aku pula pening tengok perbalahan mereka berdua lalu membuatkan aku juga turut melangkah masuk ke dalam. Sengaja membiarkan dua beradik itu berperang.
..............
"Ni rumah awak?"Aku terkedu dengan saiz rumah itu. Duduk berdua sahaja tapi saiz dia lagak sekampung duduk sekali.
"Nope.."
"Huh? Habistu rumah siapa?"
"Rumah kita.."Tersungging senyuman di bibir pink itu. Aku pula juling mata ke atas. Main-main!
"Jom masuk..Saya nak ajak tour...."Dia tarik tangan aku. Tak sempat aku nak menahan, kaki aku turut terdorong ke depan mengikuti langkah panjangnya.
"Ni dapur basah, sebelah tu laundry....Sini dapur kering untuk awak baking....Come!"Aku ikut sahaja kemana dia menarik aku pergi. Kini kami berada di tingkat dua. Kami tak naik guna tangga, sebaliknya kami naik ke atas menggunakan lif yang tersedia.
"Ni bilik theater...No need cinema, we can have fun watching movie here..."Bilik ini lengkap dengan perlbagai alat theater. Speaker dia boleh tahan besar.
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
RomanceSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...