10🐭

3.7K 119 2
                                    

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di siang hari. Apa lagi dugaan aku hari ini. Macam biasa, tiap kali waktu hujung minggu. Memang aku akan balik ke rumah maksu. Kalau aku tak muncul-muncul ke rumah maksu, mesti maksu call tanya aku dekat mana.

Pagi tu, macam biasa kami sekeluarga bersarapan. Kaklong Dina dengan Kakngah Wina pun ada balik sekali ke rumah maksu. Meriah rumah maksu.

"Kaseh dengan Jiha teman ibu sekejap lagi ke pasar."

Aku yang tak syak apa-apa hanya angguk. Dah biasa dah. Kalau hujung minggu memang maksu akan masak untuk keluarga. Jadi takda apa yang pelik sehinggalah kami sudah sedia nak makan tengah hari. Suara orang bagi salam menggamit kesemua orang yang ada di ruang makan itu berpaling ke arah pintu.

"Siapa tu maksu?"Tanya ku.

"Maksu tak bagitahu Kaseh ke?"Soal maksu pula. Aku menggeleng. Kenapa ni? Apa yang aku taktahu? Ada tetamu ke hari ni?

"Keluarga Haider datang..."Jiha disebelah aku membisik. Aku tergandah. Selepas peristiwa di Kuantan dulu, ini kali pertama aku berjumpa dengan Haider semula. Ya Allah, kenapa dalam banyak-banyak hari..Harini juga mereka nak bertandang kemari?

Patutlah aku tengok lauk harini mewah sangat maksu masak. Ada nasi tomato, ayam masak merah, arca timun, ayam goreng dan macam-macam lagi. Dikerahnya si Jiha untuk buat puding buah pagi tadi. Rupanya ada tetamu diraja nak datang bersantap.

"Jemputlah masuk..."Suara maksu mengajak tetamu masuk itu menyentak lamunanku.

"Silakan duduk semua."Jemput maksu. Kebetulan ye. Sangat kebetulan. Depan aku tu ada kerusi kosong, besebelahan dengan suami kakngah. Sekelip mata berpenghuni.

Siapa lagi kalau bukan diisi oleh lelaki bernama Tengku Haider Raiz. Sempat aku mengeluh.

Sepanjang kami bersantap. Tak keluar satu patah habuk pun perkataan dari mulut aku. Aku lagi selesa menunduk dan makan. Nasib baik selera aku tak mati, kalau tak melepas aku makan nasi tomato maksu.

"Kaseh..?"

"Ye maksu?"Aku dongak dan pandang maksu.

"Hulur ayam ni dekat Haider. Lauk dia maksu tengok dah habis..."Aku ambil mangkuk yang berisi ayam masak merah yang dihulur maksu itu kepada Haider.

"Terima kasih.."Ucap Haider saat dia menyambut mangkuk yang aku hulur itu.

"Maaf, kalau Kak Na bertanya. Kenapa Kaseh panggil Haura, maksu?"

"Saya anak saudara maksu je aunty...Bukan anak betul..."Aku tolong jawab.

"Tapi saya dah anggap Kaseh macam anak kami sendiri...Dari kecil dia dengan saya...."

"Saya anak yatim piatu aunty, dengan keluarga maksulah, saya tumpang kasih..."

"Maaf, aunty tak berniat nak buat Kaseh sedih..."

Aku geleng. Tak sedih dengan pertanyaan Aunty Ratna.

Jiha disebelah sudah usap lengan aku.

"Kami tak pernah anggap Kaseh orang luar. Saya sayang dia macam saya sayang anak-anak saya yang lain..."Balas maksu.

"Eh!..Jemputlah makan..Haa, Haider tambah lagi nasi. Bukan senang Aunty Haura nak masak. Tunggu hujung minggu kalau nak dapat rasa masakan dia.."Ujar paksu. Sengaja nak ceriakan suasana.

........

Selepas aku menghantar dulang air kepada paksu yang sedang bersembang dengan Uncle Halim. Aku berpatah menuju ke kolam ikan koi ini.

Maksu dengan Aunty Ratna sedang berborak di dapur, malas nak ikut campur. Jiha pula takda, keluar dengan kawan-kawan lepas solat zohor tadi.

Kaklong dengan kakngah pula sibuk dengan keluarga kecil mereka. Tengah layan anak-anak diaorang la tu..

"Ehem!"Suara berdehem membuatkan aku sedikit terkejut. Nyaris tak tuang semua makanan ikan tu ke dalam kolam. Aku toleh ke sisi. Terus jatuh merundum mood aku bila lihat gerangan yang berdehem tadi.

Aku tutup bekas makanan ikan itu dan berpusing. Bersedia nak melangkah pergi.

"Kaseh tunggu dulu.."Lenganku dipegang.

Aku pandang matanya sebelum turun ke arah tanganku yang sedang dipegang itu.

"Sorry.."Dia lepaskan pegangan.

"Kau nak apa lagi?"

"Aku nak minta maaf pasal haritu...Aku takda niat pun Kaseh...Aku cuma marah dekat jantan tu.."Sebab amarahnya kepada Haikal, Kaseh jadi mangsa.

"Dahlah, aku dah lupa dah pasal tu..."

"Boleh kita jadi kawan?"

"Kau ingat kita budak-budak ke? Minta kawan lepas gaduh?"

"Tak kisah lah kau nak cakap apa sekalipun...Aku tetap nak kawan dengan kau....!"

Aku mengeluh.

"Actually, aku penat sebenarnya dengan kau ni. Aku taktahu apa yang terdesak sangat nak berkawan dengan aku....Dan aku pun dah malas nak dengar lagi pasal benda ni...."

"Jadi?"

"Ikut kau lah Haider...."

Entah kenapa lah hati aku ni baik sangat. Kalau ikutkan, tuduhan Haider kepada aku tak layak dapat kemaafan sebab tuduhan itu sangat tak berasas. Tapi aku ni malas nak tambah musuh dan serabutkan kepala.

Nak taknak, keluarga kami semakin rapat jadi memang aku akan berjumpa dengan dia selalu. Sampai bila aku nak mengelak dan masam muka? Nanti maksu mesti syak..Aku taknaklah disebabkan kami, persahabatan antara maksu, paksu dan keluarga Haider jadi renggang. Jadi aku ambil insiatif untuk berdamai.

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now