26🦁

2.9K 99 1
                                    

Urutan yang dirasakan itu membuatkan dirinya begitu tenang. Terasa hilang sakit kepalanya kini.

"Thanks love..."Ujar Haider dengan mata terpejam.

Urutan yang tadi hanya pada kepala kini mula menjalar hingga ke dada.

"Love..."Haider tangkap tangan itu lalu mata dibuka. Terkejut Haider apabila melihat sosok itu.

"Kau? Apa Ayu buat ni?"Segera dilepas kasar tangan itu. Haider berdiri tegak dan wajahnya diraup. Astaghfirullah!

"Ayu nampak abang macam tak sihat..Terbaring je dari tadi, itu Ayu tolong urut...."

"Siapa benarkan kau masuk? Sab!"Haider panggil PA nya.

"PA abang takda dekat depan tu...."

Haider cekak pinggang. Perempuan ni semakin dibiarkan semakin berani.

"Apa masalah Ayu ni? Bukan tadi dah datang ke?"

"Ayu nak berbual dengan abang..Salah ke? Kita dah lama tak jumpa kan?"

"Nonsense la Ayu.....Ayu bukan budak kecil lagi yang nak kena cakap banyak kali...."

"Tapi Ayu...."Ayu terjatuh dan sempat berpaut pada Haider. Situasi itu nampak seakan Ayu sedang memeluk Haider.

"Apa Ayu ni?"Haider menolak tubuh sepupunya itu.

"Ayu rasa nak pitam bang..."

"Abang!"Haider terkaku apabila mendengar suara itu, terus dia menoleh ke arah pintu yang sedang terbuka luas itu.

"Love..."

"Ma...Maaf. Saya taktahu abang ada tetamu....."Kaseh pusing untuk pergi.

"Love!"Panggil Haider. Segera tubuh sepupunya itu ditolak sehingga jatuh di atas sofa. Haider lantas mengejar langkah isterinya.

Ayu hentak kakinya. Kacau betul la! Rosak rancangannya.

.......

Kaseh minta untuk keluar awal dari maksu. Lepas dengar suaminya mengadu tak beberapa sihat. Kaseh rasa nak jenguk suaminya di pejabat.

Sampai sahaja di aras suaminya. Dia bertemu dengan Sabrina.

"Hai Sab.."Tegur Kaseh..

"Eh! Puan Kaseh....Datang nak jumpa bos ke?"

"Haah...Dia ada?"

"Ada...Tak sihat katanya, tengah baring dekat sofa...Err! Maaf puan, saya takboleh nak hantarkan puan...Saya nak ke tandas, emergency....Puan masuklah ye.....Maaf puan..."Laju Sabrina berlalu dari meja kerjanya. Masuk ini sudah berkali dia berulang ke tandas. Aduhh! Apalah yang aku makan ni sampai sakit perut.

Kesian dia tengok PA suaminya itu. Nampak sangat emergency. Kaseh menggeleng kepala. Dia ambil langkah menuju ke bilik yang terdapat di sudut ruangan itu. Bilik CEO Lembah Holdings.

Sewaktu dia ingin memulas tombol pintu, dia terdengar seakan ada orang bergaduh. Dia kenal suara suaminya dan ada satu lagi suara. Suara orang perempuan. Nampak gaya macam tegang situasi di dalam. Dengan rasa ingin tahu, Kaseh tolak pintu dan terus dia disajikan dengan adengan yang buatkan dia terkaku.

"Abang!"Dua figura itu lantas menoleh kepadanya. Melihatkan situasi itu membuatkan hatinya remuk. Apa yang berlaku sehingga mereka berdua berpelukan seperti ini? Siapa wanita yang berada dalam pelukan suaminya?

"Love!"

"Ma...Maaf. Saya taktahu abang ada tetamu....."Kaseh lantas pusing dan keluar dari bilik suaminya itu. Melihat adengan itu buatkan dirinya sakit dan kecewa. Apakah selama ini mereka berdua sentiasa bersama dibelakangnya? Apakah suaminya selama ini curang? Saat ini bermacam persoalan bermain di minda.

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now