"Tengku Haider Raiz! Tengku Rafael Fattah! Apa yang korang buat ni?"Aku masuk sahaja ke dalam bilik air, sudah terhidang dengan telatah dua beranak itu.
"Tengah mandi la mummy...Takkan tengah berbasikal pula..."Balas Haider dengan mimik suara.
"Abang!"Aku cekak pinggang.
"Yes love?"Terus dia berdiri.
Aku kecilkan mata membalas pandangannya.
"Patutlah saya panggil dari bawah tak nyahut-nyahut. Rupanya ini ye kerja abang? Kaseh suruh abang mandikan Fattah je kan?"
"Errr!"Haider garu kepala..
"Baju abang basah tadi masa tengah jirus Fattah.....Sebabtu abang mandi sekali..."
Mandi tu aku tak kisah sangat. Ni! Yang bilik air macam dilanda todak ni kenapa? Bersepah mainan dekat atas lantai.
"Habis yang bersepah ni apa alasannya pula?"
"Itu love kena tanya Fattah! Dia yang buat sepah ni, abang tak tahu.."Haider angkat kedua belah tangan.
Kaseh urut tepi kepala. Macam-macam lah hero dia dua orang ni.
"Dahlah...Mandi cepat sikit, lepastu kemas mainan-mainan ni.."Ujarku. Belum sempat aku capai tombol pintu, Haider memeluk ku dari belakang.
"Apa kata kita kemas sekali?...Tak syok la kami berdua je, kan Fattah?"
Fattah hanya bertepuk tangan dengan kelakuan orang tuanya.
"Abang! Kaseh dah mandilah!"Aku cuba mengelak namun Haider semakin menarik aku menuju ke arah shower. Setelah itu, Haider membuka pili shower dan BAM aku basah!
"Biar basah bersama baru adil..."Katanya.
"Adil abang la! Hish!"Aku pukul tangannya yang masih memeluk ku.
Aku tolak Haider sedikit sehingga aku terlepas dari pelukannya lalu aku hampiri Fattah.
"Jom naik ye sayang..Lama-lama nanti sejuk pula..."Aku gantikan pakaian basahku dengan bathrobe. Setelah itu aku dukung anak lelaki ku itu untuk dibawa keluar.
"Saya nak siapkan Fattah. Abang kemas sorang-sorang.."
"Mana aci sayang! Fattah yang buat sepah, bukan abang!"
"Sssppp!"Aku jegil mata kepadanya.
"Okay fine.."Terus jatuh bahu suamiku itu. Dengan anak pun berkira. Apa jelah budak 1 tahun lebih ni boleh buat?
..........
"Yeay! Dah handsome dah anak mummy..."Bedak baby aku tuang ke tapak tangan lalu aku sapu di wajah Fattah. Baru wangi..
Tok! Tok!
Pintu bilik ku diketuk. Selepas aku beri kebenaran. Muncul kepala Hanis di balik pintu.
"Nak main dengan Fattah boleh?"
Aku angguk dan tersenyum. Fattah memang rapat dengan mama su nya ini. Hanis masuk dan dukung Fattah.
"Kami turun dulu ye Kak Kaseh..Bye mummy.."Fattah lantas melambaikan tangannya.
Malam ni mama buat kenduri kesyukuran sempena Hanis dapat sambung belajar ke Jordan. Jadi semua adik-beradik Haider balik ke rumah mama. Kami sampai ke sini petang semalam.
Rambut aku yang basah itu aku urai sedikit sebelum aku keringkan dengan hair dryer.
"Finally.."Terkejut aku apabila tubuhku dipeluk dari belakang.
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
RomanceSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...