"Maksu....Esok cuti boleh?"
"Amboi-amboi.....Banyak cantik muka kamu?"
"Sebab Kaseh tahu Kaseh cantiklah Kaseh berani minta cuti..Huhuhu..."Muka tak bersalahnya ditayangkan di depan mak saudaranya itu. Iye!
Aku memang tiada mak dan ayah, sejak aku berumur 3 tahun lagi. Kemalangan ketika mereka berdua mahu balik dari kampung setelah menghantar aku ke rumah nenek. Aku juga tiada saudara kandung lain, aku anak tunggal.
Semenjak itulah, maksu sekeluarga menjaga aku ibarat anak sendiri. Maksu dah kahwin dan dikurniakan 3 cahaya mata. Dan ketiganya adalah perempuan. Jadi tak janggal sangat tinggal dengan maksu.
Maksu atau dikenali sebagai Datin Haura menjalankan bisnes rekaan dalaman. Memandangkan aku juga minat dalam bidang itu, habis sahaja degree. Maksu ajak aku bekerja dengannya. Dari 3 anaknya, hanya seorang sahaja yang mengikuti jejaknya iaitu anak bongsu beliau, Najiha Farhana.
Yang sulung dan tengah menceburi bidang kedoktoran dan perguruan. Maksu tak pernah paksa anak-anaknya sebab kata maksu. Setiap orang berhak tentukan jalan hidup sendiri, kita sebagai ibu bapa hanya mampu memberi sokongan dan tunjuk ajar. Aku kagum dengan didikan maksu kepada anak-anaknya.
Suami maksu pula iaitu Datuk Zulkarnain merupakan pengarah di salah satu hospital terkenal di Malaysia. Menceburi bidang perubatan itu hampir 30 tahun mengangkat paksu sebagai pengarah di situ. Pendek kata, keluarga maksu bukan calang-calang orang. Namun begitu, paksu dan maksu tak pernah sombong malah semakin merendah diri. Bak kata pepatah, padi jikalau semakin menunduk semakin berisi.
"Kaseh baru je siapkan design client ni and dia approve....Bolehlah maksu...."Nak bodek kena ada benda yang disogok. Ingat senang ke nak puaskan hati client dengan satu percubaan. Huh! Tak mudah.. Kalau tak kena ubah mesti kena maki berbakul-bakul...Yelah, customer kan always right...
"Kamu nak kemana Kaseh?"Yelah, anak buahnya itu jarang minta cuti kalau tiada kecemasan.
"Kaseh nak balik kampungla maksu... Nak jenguk kubur ibu dengan baba, lepastu nak jenguk nenek sekali...Boleh kan?"Semua jurusan kecomelan aku keluarkan.
"Yelah....Ajak Jiha sekali, suruh dia teman..."Ujar maksu..
"Serious? Yahooo... Thank you maksu....I love you so much..."Aku bangun lalu memeluk tubuh wanita itu erat.
"I love you too..."Balas maksu..
"Jap...Jap...Berapa hari kamu nak cuti ni?"
"Errr...."Lima jari aku keluarkan. Dah alang-alang dapat green light tu apa salahnya kan? Ye idok?
"Amboiii....Bagi betis minta paha ye?"
"Ala....Maksu kan cantik gila hari ni..Bolehlah ye maksu ku sayang?"Aku gesel-gesel kepalaku di lengannya.
"Yelah-yelah..Nasib baik maksu sayang...."
"Yess....Okaylah, esok pagi Kaseh datang rumah ambil Jiha...."Aku duduk sendiri lepas bekerja dengan maksu. Pada awalnya, maksu menghalang tapi setelah dipujuk banyak kali. Akhirnya maksu izinkan. Itupun kena cari rumah yang dekat dengan rumah maksu. Reda ajelah, asalkan tinggal rumah sendiri.
"Yelah, nanti maksu cakap dekat dia..."
"Orite maksu..Bye, Kaseh balik dulu.."On time betul aku keluar dari office..Huhuhu...
........
"Weh Jiha....Kita singgah gerai buah depan tu dulu nak? Belikan sikit buah untuk nenek dengan atok.."
"No problem...Tadi ibu pesan yang kita kena sampai rumah nenek before maghrib....Kalau tak dia tak bagi kau drive balik kampung sendiri dah...."
"Tsk! Maksu tu tak rilek la...."
"Bukan tak rilek...RISAU...."
"Yelah-yelah...Patutlah dia hantar kau ikut aku.....Suruh jadi penasihat tak bertauliah eh?"
"Well..Of course...Aku orang kepercayaan ibu..Kau apa tahu?"
"Yelah tuan arif....Marilah kita bertolak... Sila pakai seatbelt tu...Aku tahu kau kaya, setakat saman RM300 celah gigi je... Tapi, undang-undang tetap kena patuhi..."
"Perli-perli...Aku siku nanti baru tahu..."Ujar Jiha. Aku dengan Jiha sebaya. 25 tahun. Tapi aku lagi muda dari dia sebab aku lahir bulan November dan Jiha bulan Februari. Nasib baik 20 Februari kalau tak kena sambut birthday dia 4 tahun sekali..Huhuhu...
.....
"Aminyarabbalamin.."Buku yassin itu aku tutup lalu air yang berisi kelopak mawar itu aku siram di pusara ibu dan baba. Atas permintaan nenek, ibu dan baba disemadikan dalam satu liang lahad.
"Ibu..Baba....Tahun ni, Kaseh dah 25 tahun....Sekejap je masa berlalu, dah 22 tahun ibu dengan baba tinggalkan Kaseh...Doakan Kaseh menjadi anak yang solehah ye....Ustaz kata, doa anak-anak yang soleh dan solehah tak terputus kepada mak dan ayah....Semoga Kaseh jadi lebih kuat dan berdikari lagi....Kaseh balik dulu tau..In sha Allah, nanti Kaseh datang lagi..."
Aku usap batu nisan itu. Terasa bahuku disentuh lantas aku berpaling. Jiha tersenyum lalu mengangguk perlahan kearah ku. Seakan memberiku semangat. Aku bersyukur kerana masih dikelilingi keluarga dan saudara yang sayang akan aku...
"Jomlah balik....Risau pulak nenek kita tak balik-balik..."Ujarku.
"Jom.."Balas Jiha.
Balik sahaja dari kubur, kami berdua masuk ke rumah dan terus menuju ke ruang dapur. Di atas meja sudah terhidang pelbagai jenis makanan untuk kami bersarapan.
"Ya Alalh nenek....Ni nak sarapan ke kenduri?"Penuh meja itu dengan pelbagai jenis makanan.
"Rezeki kamu berdua harini. Atok balik subuh dari surau tadi orang bagi makanan, Nek Jah sebelah rumah ni pun bagi makanan juga....Alhamdulillah rezeki..."Nenek baru sahaja siap membancuh teh 'o' panas.
"Waaa....Ni nasi dagang ni, Nek Jah bagi ke nenek?"Tanya Jiha. Minah ni memang hantu nasi dagang. Darah Terengganu yang mengalir dari belah paksu tu terlampau kuat..Huhuhu..
"Haah....Dia la yang masak...Tapi dia buat kari ayam hari ni, katanya malas nak ke pasar beli ikan tongkol..."
"Tak kesahlah nek...Janji sedap..Tak sabar nak makan....Atok mana nek?"Dia perhati ruang dapur itu tapi tak kelihatan sosok atoknya.
"Ada....Tengah bagi ayam-ayam dia sarapan....Kamu berdua makanlah dulu, nenek nak siapkan baju yang orang tempah tu. Sekejap lagi tuannya nak datang ambil..."
"Eh! Nenek tak makan sekali?"
"Nenek jamah kuih dah masa kamu berdua ke kubur tadi. Ni kenyang lagi, makan ajelah...Nanti nenek lapar, nenek makan balik..."
"Okay.."Balas Kaseh..
"Weh..Kau tengok kuah kari ni..Pewrh, pekat nala..."Jiha yang sudah tidak sabar untuk terkam nasi dagang itu mula duduk di atas kerusi. Aku geleng kepala. Air yang masih panas itu aku tuang ke dalam cawan. Satu untuk Jiha dan satu untuk aku.
"Banyak sangatlah. Tak reti aku nak makan yang mana..."Ada nasi dagang, kuih-muih...Laksam pun ada....Aigoo...
"Makan je.....Perut kenyang hati senang..."
"Tak senonoh la anak dara ni.."Dengan mulut penuh tu duk bercakap. Ni kalau maksu nampak ni, mahu kena ceramah 3 hari 3 malam. Maksu pantang betul kalau ada yang bercakap time mulut penuh.
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
RomanceSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...