7🦌

3.5K 124 5
                                    

"Jiha..Tolong la aku....Kau cuma pergi hantar design lepastu decide warna dengan dia...Tu je...Pleasee..."

"Tsk! Takboleh Kaseh, aku kan assitant mama. Aku kena ikut mama kejap lagi...."

"Aduiiii.....Kenapalah, maksu pergi terima client macam dia? Stress tahu tak?"Aku tongkat muka ku dengan dua belah tangan.

"Korang ni ada apa-apa ke?"Pelik juga dia tengok perangai sepupunya itu. Setakat ni, kalau ada client buat dia serabut pun, tak pernah lagi dia suruh orang gantikan kecuali kalau betul-betul kecemasan.

"Ada....."

"Hah? Seriouslah?"

"Musuh...Dahlah, aku nak pergi dulu....Nanti bagitahu maksu, aku keluar..."

......

"I think black should be okay..."Aku beri pendapatku...

"Saya taknak bilik ni nampak suram.."

"Kita akan match dengan warna bright encik...Jadi tak nampak suram..."

"Tak nampak simple sangat ke?"

"Bagi saya tak....Kita akan tambah deco untuk naikkan lagi seri.."

"Apa deco yang awak nak letak?"

"Ini beberapa contoh deco yang saya cadangkan..."Aku keluarkan beberapa helai kertas yang sudah aku design sebagai contoh.

Beberapa minit jugalah aku tunggu kata setuju dari mulut dia, tapi satu habuk perkataan pun tak keluar semenjak aku tunjuk decoration tersebut.

"Encik setuju....?"

"Errrmm....Deco ni terlalu simple...."

"Okaylah..Kalau macam tu, encik ceritakan dengan detail deco yang macamana yang menepati citarasa encik..."

"Errmmm..."Lelaki itu melihat jam di pergelangan tangannya.

"I really hope that I can discuss with you right now, but I can't. Aku ada meeting penting dalam 10 minit lagi..."

Aku dah mengutuk dalam hati. Sengaja tau lelaki ni drag lagi perjumpaan. Aku kalau boleh nak settle semuanya hari ni sebab lepas selesai sahaja peringkat pemilihan warna dan deco... Tugas aku selesai disitu... Yang lain-lain pihak yang seterusnya pula terlibat.

"Okay macam ni... Kita jumpa malam ni... Aku tahu kau pun taknak benda ni drag terlalu lama kan? So kita settlekan secepat mungkin..."

Aku timbang-tara cadangannya itu. Kalau aku tak jumpa dia malam ni... Nanti ada perjumpaan lain lagi which mean aku memang taknak... So...

"Okay malam ni....Nanti saya share location..."

"Nice....So sorry, I get to go now...See you tonight.."

......

Seperti yang dijanjikan kami berdua berjumpa di salah satu restaurant Itali. Aku pilih tempat ini bukan nak makan makanan Itali sangat. Cuma aku pilih restaurant ini sebab aku suka suasana dan konsepnya. Tenang dan sesuai untuk kami berbincang. Jarak antara meja makan yang lain juga disusun agak jauh.

"Jadi..."Aku baru sahaja mahu mulakan perbincangan namun dipotong oleh Haider.

"Kaseh....Boleh tak kita makan dulu? Aku lapar, lepas habis meeting tadi aku terus kesini...."

Tengok muka penat dia tu terus tak jadi aku nak sound. Haish! Akhirnya, aku angguk setuju.

Baru beberapa minit makanan kami sampai, aku terkejut saat terdengar carutan yang keluar dari mulut Haider.

"Shit!!"

Aku dongak. Baru je nak tanya, lelaki itu sudah berdiri dengan wajah yang sangat bengis.

"Haa..Haider...Eh! Kau nak kemana?"Langkah lelaki itu aku ikut dengan pandangan mata sehingga lelaki itu berdiri di salah satu meja.

"Kau!"Satu tumbukkan singgah dimuka lelaki itu.

"Hey! What are you doing?"Satu sosok perempuan yang terkoncoh-koncoh datang menerpa ke arah mereka.

"Are you cra.....Haider?"Ujar perempuan itu atau lebih tepat lagi tunangnya.

"Yes me.. Your fiance...Surprise!"Ujar Haider. Namun tangannya masih lagi kuat mencengkam leher baju lelaki di hadapannya.

"Apa masalah kau ni? Siapa dia ni sayang?"Ujar lelaki yang sudah agak berusia itu..

"Ouh...Sayang huh? Advance you sekarang..."Haider lantas melepaskan kasar leher baju lelaki itu sehingga lelaki itu sedikit kebelakang.

"Ha...Haider baby, I can explain...."Kalut Julliane berkata-kata.

"Explain? Of course, shoot...!"

"I...I takda apa-apa pun....Dia client I..."Lengan lelaki itu cuba Julliane pegang namun ditepis kasar.

"Client? Ouh, client untuk model apa? Bilik tidur?"

"Haider..."Lengan lelaki itu ditarik. Namun bukan oleh Julliane tetapi oleh Kaseh. Banyak mata-mata yang sedang memandang sekarang. Reputasi CEO Lembah Holding's itu kena dijaga.

"Kau lepas Kaseh. Aku tak selesai lagi dengan perempuan ni..!"

"Sudahlah...Ramai orang tengok ni..Nak settle, settle dekat luar...!"Halang Kaseh.

"Wait..What? Kaseh?"Julliane terkejut dengan kehadiran musuhnya itu..

"So...You yang bawa Haider kesini sebab nak fitnah I kan? Baby, perempuan ni sengaja nak fitnah I.... Sumpah I tak curang dengan you...Datuk ni client I..."

"Sayang, siapa lelaki ni? Dia kacau you ke? Biar I call polis..."Ujar lelaki yang bergelar datuk itu. Entah-entah datuk kepada cucu-cucunya. Si Julliane ni bukan boleh pakai, main kaut je.

"Say it again? Sayang? Huh! Ambilah sayang kau ni. Aku tak hingin. Kau dengar sini Julliane....Mulai saat ini hubungan kita putus! Aku dah lama bersabar dengan kau... Tapi kali ni, aku sendiri nampak dengan mata kepala aku kecurangan kau! Lelaki tua ni lelaki ke berapa kau sondol?"

"Haider...Please..You tahu I sayangkan you..."Lengan lelaki itu diraih.

"Pergi mati dengan sayang kau....Listen here....I don't like recycle thing especially like you!....Don't you ever show your face infront of me....! Jom Kaseh, aku takda selera nak makan.."Kalau tadi Kaseh cuba menarik lengan Haider namun kali ini lelaki itu pula menarik lengan Kaseh. Sehingga terdorong kaki Kaseh mengikuti langkah Haider.

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now