25🐱

3.2K 103 0
                                    

"Abang Haider....!"Suara yang tiba-tiba menjelma itu membuatkan Haider berhenti membaca dokumen.

"Maaf bos....Saya dah halang cik ni dari masuk..."Ujar Sabrina.

"Its okay Sab....You boleh sambung kerja you...."Sabrina hanya mengangguk dan kemudian berlalu dari ruangan majikannya.

"Bila Ayu balik?"Haider berdiri dari tempat duduknya.

"Semalam....Rindunya dekat abang...."Ayu lantas berlari mendekati Haider. Tubuh lelaki itu tidak semena-mena dipeluk erat.

"Eh! Apa ni Ayu..."Haider merungkaikan pelukan itu.

"Ala...Ayu rindu abang je...Salah ke?"

"Tak payah sampai peluk-peluk....Abang ni sepupu Ayu je bukan abang kandung..."

"Dulu elok je Ayu peluk abang....Takda pula abang nak cakap pasal sepupu segala..."Ayu memeluk tubuh. 6 tahun tidak berjumpa dengan sepupunya ini, banyak benda berubah.

"Itu dulu, jangan samakan dengan sekarang. Lagipun abang dah kahwin, tak manis kalau ada yang nampak..."

"Tak best la abang ni! Ayu peluk je pun, bukan cium ke apa?"

Haider urut pangkal hidungnya. Dulu sebelum kahwin dengan Kaseh, dia sedikit bebas bergaul. Peluk dengan wanita itu seakan benda normal. Tapi selepas berjumpa dengan Kaseh, sedikit sebanyak dia berubah ke arah kebaikan.

"Ada apa Ayu datang kemari..."Haider ambil tempat di sofa yang tersedia.

"Mama mesti ada cakap tentang ni sebelum ni kan? Ayu nak kerja dekat sini.."

"Ouh..Ada, makngah ada cakap. Tapi Ayu kena bagi abang masa dulu, sebab abang kena tahu juga department mana yang masih kosong..."

"Ala....Ayu nak satu department dengan abang....Nanti senanglah Ayu nak rujuk dengan abang kalau ada yang Ayu tak faham..."

"Department abang takda kekosongan Ayu...Takkan suka-suka hati abang nak letak Ayu dekat sini....Abang masih ada staf yang cukup...."

"Ala setakat Ayu sorang takkan tak boleh....Jadi tukang bancuh kopi pun Ayu sanggup asalkan sama tempat dengan abang..."Ayu lantas duduk di sebelah Haider. Lengan lelaki itu dipeluk.

"Nanti abang tengokkan..."Haider merungkaikan lengannya dari dipeluk Ayu, dia juga jarakan diri dari sepupunya itu.

..........

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Barulah nampak batang hidung suaminya itu. Kaseh merapati suaminya yang sedang bersandar di sofa ruang tamu.

Dia duduk bersimpuh lalu stoking suaminya itu dibuka.

"Thanks love..."Jawab Haider lemah. Penat sungguh dia hari ni. Seharian dia ada lawatan di tapak projek. Nak pitam rasanya kerana terpaksa berjemur lama di bawah terik mentari. Nak kena Sab ni, ada ke susun jadual aku macam tu! Hish! Tapi takboleh salahkan PA nya juga sebab memang itu arahannya sendiri.

"Abang nak air? Saya ambilkan.."Aku berdiri dan bersiap untuk ke dapur.

"No...Come here.."Haider menarik tanganku lalu dengan sekelip mata, aku jatuh di atas ribanya. Haider memeluk badanku dengan erat.

"I'm so tired today and I need to charge my energy..."Kepalanya bersandar rapat di dada si isteri. Tenang apabila dapat mendengar detak jantung Kaseh.

"Banyak kerja hari ni?"Kaseh belai rambut suaminya.

Haider hanya mengangguk.

"Abang nak saya urut?"

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now