Kandungan yang sudah masuk 6 bulan itu diusap. Malam ini mereka akan pulang ke rumah mama. Sempat mama hantar whatsapp bertanyakan sama ada aku ada mengidam apa-apa tak? Aku hanya menyuruh mama masakan apa-apa sahaja, lagipun aku takda teringin apa-apa sekarang.
Aku keluar dari bilik tidur dan menuju ke bilik gym. Suamiku ada disitu sedang workout.
"Abang.."
Haider yang sedang pumping itu segera menoleh ke arah ku.
"Yes love?"
"Abang buat apa?"
Haider mengulum senyum. Sejak usia kandungan isterinya menginjak ke 6 bulan. Pantang dia takda depan mata, macam cacing kepanasan isterinya itu. Mama kata, biasalah orang mengandung macam-macam ragam. Rimas? Sudah tentulah tidak, rasa diperlukan sangat-sangat adalah. Tapi kalau berkepit sampai ke bilik air tu, masak jugalah dia..
"Abang workout sayang.....Abang rasa, berat badan abang ni dah naik..."
"Yeke? Sama je Kaseh tengok!"Kaseh ambil tempat dengan bersila di hadapan Haider.
"No lah sayang....Memang dah naik...."Haider teruskan pumping.
"Abang...."
Haider berhenti lagi. Wajah manis ibu mengandung itu dia pandang.
"Love bosan ke?"
Kaseh angguk. Mati kutu dia hari ni. Dah tak tahu nak buat apa, semua kerja rumah Haider dah buatkan. Dia sihatlah, banyak keluar peluh. Aku ni?
Haider tukar posisi. Kini dia melutut.
"Kita keluar nak? Alang-alang nak pergi rumah mama ni.."
"Keluar? Nak! Pergi mana?"
"Tengok wayang?"
Wajah ceria aku tadi mengendur. Dekat rumah pun boleh tengok wayang, takkan dekat luar pun nak tengok wayang juga?
"Okay...Nampak macam idea abang tu kurang menarik..."
Laju aku angguk.
Haider garu kening..
"Makan?"
"Nanti dekat rumah mama kan kita nak makan juga...."Sekali lagi idea Haider ditolak.
"Okay macam ni...Love terasa nak pergi mana?"
"Hhhmmmmm..."Aku letak jari di dagu.
Beberapa minit jugalah aku duk berfikir. Barulah idea datang.
"Hah! Kaseh tahu nak pergi mana...."
"Good....Kaseh nak pergi mana?"
"Nanti Kaseh bagitahu...Abang dah siap workout ke?"
Haider geleng..
"Kaseh teman abang workout boleh..."Bukan selalu dia dapat tengok suaminya workout. Sudahlah tidak berbaju. Badan tegap itu tiba-tiba buat aku tertelan air liur. Hish! Lantas aku ketuk kepala aku, mengusir bayangan nakal yang berada di minda.
"Boleh....Meh sini!"Dia menyuruh aku duduk di atas yoga mat. Aku hanya menurut. Kemudian Haider pula baring di depanku. You know posisi nak buat sit up tu...Haa! Like that la..
"Peluk kaki abang..Abang nak buat sit up ni.."Aku sekali lagi menurut. Aku peluk kakinya dan aku letak daguku di lututnya.
"Oh my god!"Jerit Haider sambil meraup muka..
"Kenapa? Kenapa?"Tiba-tiba je jerit suami aku ni. Terpinga-pinga aku dibuatnya.
"You know what love? You look so cute! Ni betul ke ibu mengandung ni? Bukan budak prasekolah?"
Saat isterinya meletakkan dagu tadi. Sumpah dia nak gomol isterinya itu. Comel sangat mak buyung ni!
"Hish! Ingat apa la tadi...Cepatlah sit up...Nanti lambat keluar, panas pula nak berjalan..."Kaseh ambil posisinya yang asal tadi.
"Okay..Okay..."
Haider dah sedia nak buat sit up. Saat dia naik, wajahnya didekatkan ke wajah Kaseh.
Chupp!
"Satu.."Kira Haider selepas mencium sekilas bibir isterinya.
Kaseh senyum. Malu tapi mahu...Bahahaha
Chupp!
"Dua.."
Begitulah seterusnya sampailah Haider capai target sit up nya iaitu sebanyak 50 kali...Kenyang Kaseh dapat ciuman suaminya!
........
"Abang! Kenapa harimau tu duduk atas batu tu je? Dah la jauh dia duduk!"Inilah idea yang isterinya katakan tadi. Melawat Zoo Negara. Dia pun entah bila kali terakhir jejak kaki ke sini. Zaman kanak-kanak agaknya.
"Bukan waktu aktif dia la tu..."Jawab Haider. Peluh yang merenek di dahi isterinya itu dilap dengan tisu.
"Eeee! Tak syok la macam ni! Kaseh nak tengok dia main lari-lari..."Haider garu kening! Ah! Sudah! Macamana la dia nak tunaikan permintaan isterinya itu.
"Dahlah! Kaseh nak pergi sana pula...."Mereka meneruskan perjalanan melihat haiwan lain.
"Abang! Kalau Kaseh nak naik unta tu boleh tak?"Haider dah jadi buntu dah. Setiap kali sampai dekat kandang haiwan lain, ada je permintaan pelik-pelik isterinya itu.
"Love....Kita datang sini hanya untuk melawat sahaja....Tak dibernarkan naik atau tunggang haiwan..."
"Ala...Kaseh tengok orang dekat Arab tu boleh naik, takkan sini tak boleh.."
Sayang oii! Itu Arab sayang, bukan Malaysia..
Haider terpaksa menggunakan tahap kesabaran yang tinggi saat menjawab permintaan-permintaan isterinya.
Ada pula isterinya itu mengamuk nak bawa balik panda. Kalau patung dia boleh consider lagi, ini panda hidup. Mengucap panjang dia saat itu. Orang ramai hanya pandang dia dengan pandangan kasihan sahaja. Tak dapat nak menolong.
"Kenapa Kaseh takboleh bawa balik panda tu? Kan comel!"Baru sahaja Haider masuk ke tempat pemandu. Kaseh mula bersungut, masih tak habis lagi pasal pandanya itu.
"Sayang...Mana boleh kita bawa balik...Haiwan-haiwan dekat sini terpelihara...Habitatnya makin pupus, sebab tu wujudnya zoo ni. Kalau kita bawa balik, macamana orang lain nak tengok? Panda tu mana boleh duduk dalam suhu Malaysia...Tengok waktu kita masuk tadi, dia pun duduk dalam aircond tau.."
"Kalau kita sewa boleh tak bang?"
"Takboleh Kaseh Kirana.."
"Hish! Semua takboleh. Benci lah!"Kaseh memeluk tubuh lalu memusing menghadap keluar tingkap.
Haider melepaskan keluhan. Fuhh! Mencabar ye layan ibu mengandung ni! Ya Allah, kau hadirkanlah kesabaran yang banyak pada diriku ini ya Allah....Doa Haider dalam hati...
"Abang bawa love makan desert nak? Yang ni love nak bawa balik selori pun abang tak kisah.."
"Hhhmm.."Hanya itu dibalas Kaseh. Isterinya itu masih dalam mood tidak baik..Tanpa berlengah, Haider tekan handbreak dan pedal minyak. Kereta mula meluncur pergi dari kawasan zoo itu.
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
RomantizmSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...