17🦁

3.7K 124 0
                                    

Hari pertama nak masuk kerja setelah seminggu kami bercuti. Honeymoon? Kirim salam. Aku lagi suka kalau takda honeymoon... Tak boleh bayang kami berduaan dalam bilik di tempat yang asing. Duduk dalam rumah ini berdua sahaja pun dia rasa seram sejuk.

Pagi tu aku hanya sediakan sarapan yang ringkas. Mi goreng. Aku kaut untuk 2 pinggan dan selebihnya aku letak dalam bekal. Jimat duit hari ni, tak payah nak beli waktu lunch nanti.

"Kaseh?"

"Hhm?"Aku yang baru selesai meletakkan teko di atas meja menoleh ke arah tangga. Lelaki itu melangkah turun ke bawah sambil tangan memegang 2 helai tali leher.

"Awak rasa mana yang sesuai?"Tali leher berwarna maroon dan kelabu itu ditayangkan di hadapan ku.

Aku tengok tali leher itu kemudian aku tengok kemeja yang dipakai.

"Dua-dua sesuai sebab awak pakai kemeja hitam..."

"Tapi awak pilih yang mana? Saya nak awak yang pilihkan..."

Aigoooo! Mamat ni...Sengaja la nak mengada-ngada.

"Tu..Warna maroon tu..."

"Nice..! Tolong pakaikan..."

Aku gosok telinga aku. Kut-kut aku salah dengar.

"Pardon?"

"Tolong pakaikan...Kenapa? Awak tak reti eh?"Sengaja nak mencabar wanita itu.

"Selama ni boleh pakai sendiri kan? Kenapa nak suruh saya pula?"Aku tuang air ke dalam cawan.

"Saja....Sebelum ni takda isteri nak suruh pakaikan...Sekarang dah ada isteri..."

"Ouhhh! Kalau dah ada isteri, semua benda nak suruh isteri la? Apa awak ingat isteri ni HA kepada suami ke?"

"Bukan itu maksud saya....Saya cuma nak berkasih-sayang dengan isteri sahaja....Salah ke?"

"Banyak lagi cara nak berkasih-sayang Haider...."Aku sebenarnya malas tau nak layan karenah dia pagi-pagi ni.

"Contoh? Okaylah....Kalau awak taknak pakaikan tali leher ni dekat saya..Saya nak cium awak boleh?"

"Apa awak merepek ni?"

"Tadi awak kata nak cara berkasih-sayang yang lain...."

"Hish! Bak la sini tali leher tu. Makin lama makin melalut apa yang awak cakap..."Aku tarik tali leher warna maroon dari tangannya.

"Pulak! Dia yang minta, dia pula yang marah-marah..."

"Bila masa saya minta kena cium? Awak je gatal melebih..."

"Dah halal kan? Menggatal dengan yang halal la..."

"Shhhh! Baik awak tutup mulut awak sebelum saya sumbat senduk ni dalam mulut awak tu!"

"Yelah Puan Kaseh yang dihormati..Saya yang menurut perintah.."

Aku dekatkan diri ke arahnya. Bauan maskulin itu berjaya menerobos masuk ke rongga pernafasan ku. Jujur aku suka bauan lelaki ini. Sangat tenang dan mendamaikan. Kadang aku boleh khayal hanya disebabkan bauan ini.

"Dior Sauvage.."

"Huh?"Aku dongak memandangnya apabila dia bersuara dengan tiba-tiba.

"Minyak wangi yang saya pakai sekarang ni, nama dia Dior Sauvage....Saya nampak hidung awak kembang-kempis hidu bauan saya...."

"Ma..Mana ada..."Aduhh! Boleh tak sehari kau tak malukan diri sendiri Kaseh?

"Its okay....I got you..."Terasa sisi pinggang aku dipegang Haider membuatkan kedudukan kami lebih rapat dan menjadikan aku lebih gugup.

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now