Sewaktu dia mahu pulang dari pejabat tadi, nyaris dia nak kena langgar dengan kereta. Mujur ada staf yang perasan lalu menarik dirinya ke sisi jalan. Tak teruk mana, cuma lututnya sahaja terluka sedikit sebab bergeser dengan tar.
Siapa tak ada lesen kereta ni? Bawa macam jalan ni bapak dia punya! Rungut ku dalam hati. Aku tak beritahu perkara itu kepada maksu. Staf tadi aku ugut supaya rahsiakan kejadian tersebut. Aku taknak maksu panik. Lagipun tak jadi apa-apa.
"Cik Kaseh okay?"Tanya Ahmad.
"Okay..Terima kasih Ahmad..Kalau awak takda tadi, entah apa yang jadi."Aku cuba berdiri.
"Kebetulan saya nampak tadi Cik Kaseh...Mabuk agaknya pemandu tadi..!"Ahmad menoleh ke arah kereta tadi.
"Takpelah kalau macam tu....Saya minta awak jangan bagitahu siapa-siapa, termasuk datin.."
Ahmad hanya mengangguk.
Aku berjalan ke kereta dengan ditemani Ahmad...Aku jalan sedikit terhincut. Nasib baik esok cuti. Kalau tak mesti akan ditanya bagai peluru berpandu oleh maksu esok andai dia melihat kaki aku yang terhincut itu.
"Cik Kaseh taknak ke klinik dulu? Saya boleh hantarkan.."
"Eh! Takpe-takpe....Saya okay je ni....Terima kasih sekali lagi.."
"Sama-sama...Hati-hati ye Cik Kaseh.."
"Baiklah.."Akhirnya kami berpisah haluan. Aku berjaya masuk ke kereta ku. Lutut yang sedikit terluka itu aku perhatikan. Nasib baik tak teruk, tapi sakitnya itu ada..
.....
"Keluar! Aku ada dekat depan rumah kau.."
Satu noti masuk saat aku sedang siap-siap nak tidur. Aku buka Iphone ku lalu noti tersebut dibaca.
"Huh! Dia ingat dia siapa suka-suka nak arahkan aku? Boleh blah!"Aku campak balik Iphone tersebut di atas katil.
Beberapa hari selepas kejadian malam reunion itu. Antara aku dan Haider, masing-masing diamkan diri. Aku pun malas nak ambil kisah sangat. Malam ni dia muncul semula.
Setelah itu bunyi deringan pula memecahkan kesunyian bilik. Aku segera ambil semula Iphone. Apabila melihat nama si pemanggil aku mengeluh dan aku reject panggilan tersebut.
Apa la masalah mamat ni? Beberapa hari ni aku tenang tanpa gangguannya.
"I knew you already read the chat. Keluar sementara aku masih sabar..."
Eh! Dia ni! Main ugut-ugut pula, aku seligi baru tahu!
Satu panggilan masuk lagi dan dari orang yang sama. Apa lagi mamat ni..Hish!
"Kau nak apa Haider?"Panggilan dia aku jawab malas.
"Keluar! Aku ada benda nak cakap dengan kau!"
"Ni tengah bercakap kan sekarang....Hah! Cakap jelah.."
"Ke kau nak aku pecah masuk bilik kau?"Ugut Haider.
"Kau ingat aku takut kau ugut-ugut aku? Aku call polis nanti.."
"Eloklah tu, call pencegah maksiat sekali..Sekurangnya kita boleh kahwin free..."
Kaseh jauhkan telefon bimbit dari telinga lalu skrin itu dilihat. Apa gila mamat ni? Mabuk ketum ke apa? Seram!
"Kau nak apa sebenarnya? Cakap jelah! Aku penat la nak layan kau ni!"
"Kau keluar dulu, baru aku cakap apa yang aku nak.."
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
RomanceSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...